Tak dinafikan, media sosial dah jadi platform yang wajib kita tengok hari-hari. Celik je mata waktu pagi, itulah yang akan dibuka dulu.
Sekarang ni pula kebanyakan rakyat Malaysia suka ‘berkampung’ di Threads. Setiap hari ada macam-macam topik yang dibincangkan, sampai kadang tak terkejar.
Lagi kecoh bila kena roast dengan netizen. Biasanya untuk hiburan atau sekadar gurauan je. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, mungkin sebab situasinya terlalu relatable.
Setiap Bulan Azam Nak Simpan



Ada macam-macam benda yang turut dirasai sama dengan orang lain, bila macam tu barulah sedar yang kita semua ni tak keseorangan.
Selalunya pasal gajilah. Bila gaji dah masuk, komitmen pun dah bayar dan masih ada sedikit lagi baki untuk survive sampai hujung bulan.
Tapi macam biasa, sekarang ni selalu ada yang ‘meracun’ untuk beli macam-macam jenis makanan atau produk baharu. Lebih syok bila ada sale dan promo yang memang rugi kalau tak join.
Setiap bulan meratib kononnya ‘sekali ni saja’ tapi tanpa kita sedar baki gaji pun ‘lesap’ macam tu saja. Belum sampai hujung bulan tu, mana nak cekau duit untuk teruskan hidup?
Pengajarannya, nak reward diri tak salah tapi kalau ada baki gaji lagi walaupun sedikit, mungkin sudah tiba masanya untuk korang tetapkan satu tujuan iaitu dengan menyimpannya di tempat yang betul.
Tak perlu tunggu gaji lebih besar atau baki lebih banyak. Kalau boleh mula simpan sekarang, kenapa nak bertangguh lagi? Kalau tak tahu nak mula dari mana, mungkin boleh ikut tip di bawah ni.
Baki Tak Banyak Bukan Bermakna Tak Boleh Mula
Macam yang min sebut tadi, korang kalau nak rancang kewangan tak semestinya perlu tunggu ada banyak duit dulu.
Kalau masih ada baki lepas perbelanjaan yang penting, asingkan jumlah yang selesa ikut kemampuan korang.
Kena ingat, langkah kecil yang kita buat hari ni lebih realistik daripada terus tunggu ‘masa yang sesuai’.
Duit Ada Banyak Tujuan, Bukan Setakat Untuk Disimpan
Apa yang penting, korang kena tentukan dulu apa yang kewangan korang perlukan sekarang. Sebab setiap orang ada keutamaan yang berbeza, contohnya simpan duit untuk plan nak pergi melancong dengan kawan-kawan.
Selain itu, ada juga yang sediakan emergency fund, sebab hidup suka bagi plot twist yang memang kita tak jangka.
Sebenarnya tak perlu buat semuanya serentak, pilih satu langkah yang paling relevan keadaan dan matlamat sendiri. Yang penting, jangan biarkan baki gaji ‘lesap’.
Gaji Belum Lima Angka Pun Tak Apa
Tak perlu tunggu jadi kaya untuk mula buat sesuatu dengan duit yang ada. RM10 pun dah boleh jadi langkah pertama untuk mula melabur.
Manakala, RM1 pula dah boleh dapatkan perlindungan tertentu. Cuma nak dengan taknak je.
Kalau ada rancangan yang perlukan bajet lebih besar, ada pilihan pembiayaan yang boleh korang guna jika komitmen bulanannya sesuai dengan poket.
Pilihlah ikut apa yang sedang berlaku dalam hidup, sama ada tengah simpan untuk sesuatu, nak lebih bersedia menghadapi plot twist atau perlukan bantuan untuk menjayakan satu rancangan.
Nak Mula? Tak Perlu Pergi Jauh
Sebenarnya platform yang korang boleh guna untuk rancang kewangan tu ada depan mata selama ni. Kebanyakan rakyat Malaysia ni ada aplikasi TNG eWallet kan? Haa kat situlah korang boleh mula melabur duit korang.
Kalau korang betul-betul explore aplikasi tu, korang akan perasan ada function GOfinance yang tersedia dalam tu.
Bagi yang belum tahu, korang boleh kembangkan duit melalui pelaburan dalam GOfinance ni dan boleh dapatkan perlindungan melalui insurans atau takaful.
Korang juga boleh akses pembiayaan untuk keperluan tertentu macam yang min sebut kat atas tadi.
Melalui GOfinance, korang turut boleh dapatkan kad visa dan kirim duit ke lebih 50 buah negara.
Semuanya tersedia dalam aplikasi yang korang guna setiap hari tu, atas korang nak explore ikut pilihan yang korang suka. Jadi bila lagi nak mula?
Untuk maklumat lanjut layari GOfinance dalam TNG eWallet.



