Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

She Dazzle Perkukuh Identiti Trendsetter, Lancar Butik Flagship Eksklusif

syafiq halim
She Dazzle

She Dazzle Perkukuh Identiti Trendsetter, Lancar Butik Flagship Eksklusif

KUALA LUMPUR – Jenama fesyen mesra hijab, She Dazzle, terus melakar langkah berani dengan pelancaran butik flagship pertamanya, sekali gus memperkukuh reputasi sebagai trendsetter dalam busana kasual wanita moden.

Pengasasnya, Zarawani Salim, berkata butik berkonsepkan eksklusif ini bukan sahaja berfungsi sebagai ruang jualan, malah menjadi pusat penyelidikan serta reka bentuk koleksi baharu. “Kami mahu pelanggan merasai pengalaman menyeluruh, bukan sekadar membeli pakaian, tetapi menghayati identiti She Dazzle sebagai gaya hidup,” jelasnya.

Koleksi Dinamik dan Berani

She Dazzle menampilkan sehingga tiga koleksi baharu setiap bulan, termasuk edisi khas untuk kanak-kanak dan lelaki. Antara tarikan utama ialah koleksi ‘one-set’, pilihan ringkas namun praktikal untuk wanita moden yang mahu tampil bergaya tanpa perlu bersusah payah memadankan busana.

Selain itu, penggunaan rona berani dan tegas dipilih bagi menonjolkan aura eksklusif dan elegan, seiring dengan aspirasi jenama yang membawa motto “A wardrobe of the trendsetter.”

She Dazzle

Dari Kemaman ke Kuala Lumpur

Ditubuhkan sejak 2011 di Kemaman, Terengganu, She Dazzle mula mengembangkan sayap ke ibu kota pada tahun 2020 dengan membuka butik yang lebih moden. Evolusi ini menjadi bukti komitmen jenama untuk kekal relevan dalam landskap fesyen yang pantas berubah.

Logo rama-rama yang menjadi identiti She Dazzle melambangkan keindahan, kelembutan dan penghargaan terhadap keunikan setiap wanita, selaras dengan misi jenama menyediakan busana yang mampu milik tetapi penuh keyakinan.

‘Gaya Hidup & Keyakinan Wanita

Dengan pembukaan butik flagship ini, She Dazzle berhasrat menjadi lebih daripada sekadar label fesyen, sebaliknya sebagai ruang inspirasi untuk wanita meraikan keanggunan diri. Inisiatif ini dijangka memberi pengalaman lebih mendalam kepada pelanggan yang selama ini setia menyokong melalui platform dalam talian.