Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Siap Ada "Final Exam," Lelaki Ni Buat Kertas Soalan Peperiksaan Khas Untuk Resipi KA
Setiap kali tiba bulan Ramadan, nama Khairul Aming memang tidak pernah lekang daripada menjadi bualan hangat di media sosial.
Video resipi yang dikongsikan olehnya sering dinanti-nantikan, malah ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri menu yang ditunjukkan.
Menariknya, bukan sahaja perkongsian resipi yang mencuri perhatian, tetapi juga reaksi netizen yang turut sama memeriahkan media sosial.
Ada yang berkongsi hasil masakan dengan penuh bangga, tidak kurang juga yang berseloroh memuat naik versi ‘gagal’ mereka.
Jika membuka aplikasi Threads, TikTok, Instagram dan Facebook, pasti akan terlihat perbualan berkaitan resipi beliau.
Lama-kelamaan, gurauan dan jenaka yang tercetus menjadi semakin kreatif.
Lebih menghiburkan lagi apabila KA sendiri dilihat ‘sporting’ dan turut berseloroh, menjadikan suasana Ramadan di media sosial lebih meriah dan mencuit hati.
Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di media sosial yang memaparkan beberapa kertas soalan peperiksaan khas Ramadan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @syeirullnich di TikTok, kertas tersebut mengandungi soalan-soalan mengenai resipi KA pada bulan Ramadan kali ini.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah format soalannya yang sangat formal, lengkap dengan nombor soalan, ruang jawapan, seolah-olah netizen sedang duduk peperiksaan sebenar di sekolah.
Tambahan lagi, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk berseloroh.
Ada yang mengaku terus "blank" melihat soalan, ada juga yang bergurau kononnya perlu ulang kaji terlebih dahulu sebelum cuba menjawab.
Reaksi warga maya menambah kemeriahan apabila masing-masing menambah jenaka, menjadikan hantaran tersebut satu hiburan santai buat warga maya.







Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi.
Kebanyakannya berseloroh seakan-akan tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut.
"Aku buka je muka surat pertama, dah termenung jauh aku," komen seorang warga maya.
"Confirm aku tak lulus kalau begini soalan. Yang puding hilang tu KBAT sangat weh," seloroh seorang netizen.
"Study week pun belum, mana datang final paper ni?" tanya seorang pengguna TikTok.
"Tiada past year paper ke? Macam susah je," tambah seorang lagi warga maya.