Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sidang Media MOT Hanya Isu Pengangkutan, Hal Politik Tanya Di Luar – Anthony Loke

anthony loke tidak akan menjawab isu politik dalam sidang media MOT
Gambar: Bernama

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan politik jika disoal pemberita semasa sidang media Kementerian Pengangkutan.

Malah menurutnya, segala perkara berkaitan politik tidak akan disentuh dalam bangunan kementerian berkenaan, sebaliknya akan diulas dan dijawab di pejabat parti atau di luar.

“Pendekatan saya, kalau saya berada dalam bangunan Kementerian Pengangkutan saya tidak akan menjawab apa-apa isu politik, saya hanya akan fokus (dengan tugas).

“Biar pihak lain cakap apa itu hak dia, kita telah pun diberikan mandat dan tanggungjawab diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dilantik sebagai menteri.

“Jadi tugas saya ialah fokus kepada kerja saya sebagai Menteri Pengangkutan,” ujar Loke dalam satu sidang media hari ini, memetik berita Awani.

Ahli Parlimen Seremban tersebut turut memohon maaf kepada rakan media atas pendiriannya yang tidak akan mengeluarkan kenyataan berhubung politik dalam sidang media kementeriannya.

Beliau sebaliknya berkata sekiranya mengikut peraturan, soalan yang diberikan di bangunan Kementerian Pengangkutan hanya akan dijawab dengan mengenai isu tersebut dan bukan politik.

“Saya harap faham, bukan saya angkuh bukan saya sombong tidak mahu jawab soalan. Kalau isu politik boleh tanya saya di luar. Kalau ada program parti boleh tanya saya di isu politik.

“Kalau program sidang media Kementerian Pengangkutan, saya hanya akan menjawab (mengenai) isu-isu berkaitan Kementerian Pengangkutan. Itulah pendirian saya,” kata Loke lagi.

Semalam, Loke melakukan penyamaran sebagai penumpang biasa untuk merasai sendiri pengalaman menaiki transit aliran ringan (LRT) selama dua jam pada waktu puncak sekitar 5 hingga 7 malam.

Rentetan pemantauan tersebut,Loke berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam.

Sumber: Awani