Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Siri Adaptasi Kisah Jeffrey Dahmer ‘Meletup’, Pecah Rekod Netflix
Siri adapatasi dari kisah benar tentang pembunuh bersiri, Jeffrey Dahmer di Netflix telah memecahkan rekod tontonan di platform tersebut.
Siri tersebut dilaporkan telah memintas siri Squid Game dan Bridgerton sebagai siri yang paling banyak mendapat tontonan di Netflix dalam seminggu pertama dengan mencatatkan lebih setengah bilion tontonan.
Dicipta oleh Ryan Murphy, “DAHMER, MONSTER: THE JEFFREY DAHMER STORY” menceritakan kisah salah seorang pembunuh bersiri terkenal di Amerika Syarikat yang telah meragut nyawa mangsa-mangsanya.
Siri tersebut telah menjadi siri TV kesembilan paling popular sepanjang zaman.
Memetik Daily Mail, siri ini menceritakan semula tragedi tragik itu dari sudut perspektif mangsa dan merungkai kesilapan-kesilapan pihak berkuasa dalam mengendalikan kes tersebut.
Siri yang dibintangi oleh Even Peters, 35, itu memaparkan sekurang-kurangnya 10 babak dimana pihak berkuasa hampir berjaya menahan Dahmer daripada meneruskan jenayah yang dilakukan olehnya.
Menurut Peters, pada awalnya dia takut untuk mengambil peranan itu kerana kisah Dahmer yang sangat mengerikan. Tambahan pula, dia terpaksa pergi ke kawasan yang gelap semasa pengambaran untuk mengambil ‘mood’ pemikiran pembunuh tersebut.
Kolumnis The Ankler, Richard Rushfield berkata, kejayaan siri tersebut terletak pada sifat ganas yang telah ditonjolkan. Jenayah yang berlaku secara realistik itu telah menjadi fenomena pelbagai medium.
“Dalam keadaan yang dilihat huru-hara ini, orang ramai akan rasa tidak tenang dan bimbang dengan kekejaman dunia yang berlaku pada hari ini. Oleh itu, dengan menonton jenayah sebenar dan sangat kejam di dunia sedikit melegakan dan kurang menakutkan,” jelasnya.
Siri ini telah mula ditayangkan pada 21 September yang lalu, ia telah mencapai jumlah tontonan 196.2 juta dalam masa seminggu di Netflix.
Ia menceritakan semula kisah pembunuhan 17 lelaki dan seorang remaja di tangan pembunuh kejam yang berlaku pada tahun 1978 dan 1991.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Daily Mail
Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup