Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Skechers, jenama global peneraju dalam teknologi keselesaan dan gaya hidup, hari ini melancarkan koleksi eksklusif Skechers x Cha Eun-woo yang bukan sekadar pakaian, ia adalah simbol hubungan yang mendalam antara Cha Eun-woo dan para peminatnya, selepas tiga tahun menjadi Duta Jenama Serantau Skechers.
Koleksi ini turret menampilkan tandatangan tulisan tangan Eun-woo sendiri pada jaket dan kemeja-T uniseks, yang membawa makna sentimental serta menjadi kenangan istimewa buat peminat ketika beliau berehat seketika daripada dunia hiburan.




Menyerlahkan gaya santai dan aura peribadi Eun-woo, setiap rekaan hadir dalam dua pilihan warna; Black Beauty dan Snow White serta diberi sentuhan teliti, termasuk pemilihan warna dan ilustrasi eksklusif daripada beliau sendiri.
Setiap pembelian dalam koleksi ini akan disertakan dengan beg simpanan eksklusif Skechers x Cha Eun-woo, dalam warna hitam atau putih mengikut item yang dibeli. Beg ini menampilkan logo Skechers bersama lakaran doodle comel hasil tangan Cha Eun-woo sendiri, serta tandatangan tulisan tangan beliau, turut menjadikan koleksi ini lebih bermakna dan bernilai tinggi.


Bagi menambahkan lagi keistimewaan koleksi ini, Skechers turut memperkenalkan photocard eksklusif Cha Eun-woo sebagai hadiah pembelian terhad waktu:
Dapatkan 1 photocard rawak (daripada 3 rekaan) dengan sebarang pembelian dari koleksi ini.
Dapatkan kesemua 3 photocard eksklusif berserta sampul keras berwarna ungu bertema Skechers x Cha Eun-woo dengan pembelian jaket dan kemeja-T sekali gus.

Promosi sah bermula hari ini, selagi stok masih ada.
Koleksi Skechers x Cha Eun-woo boleh didapati mulai hari ini di butik konsep Skechers terpilih, termasuk:
Pavilion Bukit Jalil, Pavilion KL
Suria KLCC
The Exchange TRX Mall
1 Utama Shopping Centre
Harga bermula dari RM99, koleksi ini dijangka menjadi rebutan bukan sekadar untuk bergaya, tetapi sebagai cara membawa kenangan bersama Cha Eun-woo dalam kehidupan seharian peminat.