Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Skill” Mesut Özil Curi Tumpuan Peminat Bola Sepak Di USM

Özil
Kredit:Threads @pinkygurlish

“Skill” Mesut Özil Curi Tumpuan Peminat Bola Sepak Di USM

Dunia bola sepak sentiasa menjadi tumpuan ramai, bukan sahaja ketika pemain sedang aktif beraksi di atas padang, tetapi juga selepas mereka bersara.

Nama-nama besar yang pernah mencipta sejarah masih terus dikenang kerana sumbangan dan pencapaian mereka dalam sukan ini.

Walaupun tidak lagi beraksi secara profesional, bekas pemain bola sepak tetap mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan peminat.

Selain itu, kehadiran mereka di mana-mana lokasi sering mencetuskan keterujaan kerana ramai masih menghargai jasa dan perjalanan karier mereka.

Ini menunjukkan bahawa legasi seorang pemain bola sepak tidak berakhir di padang, sebaliknya terus hidup dalam ingatan peminat.

Kedatangan Mesut Özil Ke USIM Curi Perhatian Peminat Bola Sepak Malaysia

Siapa sangka, bekas bintang Arsenal dan Real Madrid yang pernah menjadi nadi kreativiti di pentas bola sepak Eropah kini hadir ke Malaysia, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat tempatan.

Menerusi perkongsian video oleh @pinkygurlish di Threads, kehadiran Mesut Özil di padang USIM jelas menjadi perhatian apabila momen beliau bersama peserta klinik bola sepak mula tular di media sosial.

Kredit:Threads @pinkygurlish

Difahamkan, Özil hadir ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersempena sesi Meet and Greet bersama peminat serta penyertaan dalam klinik bola sepak yang dianjurkan di kampus tersebut.

Menariknya, beberapa rakaman turut memaparkan Özil mengambil sepakan penalti serta bertukar hantaran dengan peserta klinik bola sepak.

Kredit:Threads @pinkygurlish

Aksi bersahajanya tetapi penuh kelas itu mengundang perhatian ramai, seolah-olah sentuhan playmaker itu masih kekal seperti dahulu.

Walaupun sudah tidak lagi beraksi di pentas tertinggi Eropah, kehadiran dan interaksi Özil di Malaysia nyata memberi pengalaman berharga yang sukar dilupakan buat peminat bola sepak tempatan.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak menyangka dapat melihat Mesut Özil turun padang bersama pelajar di Malaysia.

Ramai yang menyifatkan kehadiran beliau sebagai momen rare yang sukar untuk diulang, apatah lagi melibatkan pemain bertaraf dunia yang pernah beraksi di liga elit Eropah.

"Nanti adik tu boleh tulis kat resume, pernah main bola dengan Mesut Özil," komen seorang warga maya.

"Dah pergi USM tadi, tapi takda rezeki hendak dapat tandatangan Özil," komen seorang warga maya.

"Seronoknya dapat tengok Mesut Özil depan mata." komen seorang lagi.