Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Skim ToU TNB: Peluang Bijak Untuk Jimat Bil Elektrik
Dalam usaha menjadikan pengguna lebih berdaya saing dalam mengawal penggunaan elektrik serta berpeluang menjimatkan bil bulanan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperkenalkan Skim Time of Use (ToU).
Skim ini merupakan satu pelan tarif fleksibel yang menawarkan kadar bayaran berbeza mengikut waktu penggunaan.

Skim ToU atau Tarif Penggunaan Masa merupakan satu sistem tarif dinamik yang membenarkan pengguna menikmati kadar elektrik yang lebih rendah.
Ini berlaku apabila penggunaan tenaga dibuat pada waktu tertentu khususnya pada waktu luar puncak. Skim ini memberi peluang kepada pengguna untuk merancang penggunaan peralatan elektrik berat seperti mesin basuh, penghawa dingin dan alat memasak.
Oleh itu, pengguna boleh mengatur penggunaan ini secara lebih strategik dengan memilih waktu yang lebih murah untuk digunakan.
Waktu | Hari | Jenis Tarif |
|---|---|---|
10.00 malam – 2.00 petang (keesokan hari) | Isnin–Jumaat | Luar Puncak (lebih murah) |
Sepanjang hari | Sabtu & Ahad | Luar Puncak (lebih murah) |
2.00 petang – 10.00 malam | Isnin–Jumaat | Waktu Puncak (lebih mahal) |
Ini bermakna pengguna yang merancang penggunaan elektrik dalam zon luar puncak boleh menikmati penjimatan berbanding mereka yang menggunakan elektrik secara intensif pada waktu puncak di mana kadar tarif lebih tinggi dikenakan.
Mulai 1 Julai 2025, skim ToU ini diperluaskan kepada semua pengguna domestik dan bukan domestik voltan rendah termasuk peniaga mikro asalkan premis mereka dilengkapi dengan meter pintar.
Sebelum ini, ToU hanya ditawarkan kepada pengguna komersial dan industri pada voltan sederhana atau tinggi seperti:
Komersial: Tarif C2
Perindustrian: Tarif E2, E2s, E3, E3s
Pertanian: Tarif H2
Perlombongan: Tarif F2
Bagi pengguna sedia ada yang telah berada di bawah skim ToU sebelum ini, mereka akan secara automatik dipindahkan ke versi baharu skim ini.
Kenapa perlu sertai kkim ToU?
Skim ToU direka untuk menggalakkan pengurusan penggunaan tenaga secara bijak.
Jika anda boleh menyusun aktiviti penggunaan elektrik intensif seperti memasak, mengecas kenderaan elektrik atau mencuci pakaian pada waktu luar puncak anda bukan sahaja mengurangkan beban pada grid tenaga negara.
Pada masa yang sama juga anda akan turut menikmati kadar elektrik yang lebih rendah.
Bagi pemilik perniagaan kecil dan pengguna rumah tangga, ini memberikan ruang untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan dengan hanya mengubah tabiat harian.
Permohonan tidak berlaku secara automatik (kecuali untuk pengguna ToU yang sedia ada). Untuk menyertai skim ini, pengguna disarankan untuk:
Semak corak penggunaan elektrik anda melalui aplikasi atau portal myTNB.
Log masuk ke portal TNB atau hadir ke Kedai Tenaga yang berdekatan untuk membuat permohonan.
Skim ToU TNB bukan sekadar inisiatif tarif biasa. Ia adalah peluang untuk rakyat Malaysia menguruskan penggunaan tenaga secara lebih cekap dan menjimatkan.
Dengan sedikit penyesuaian dalam jadual harian, pengguna berpotensi mengurangkan kos elektrik tanpa menjejaskan keselesaan hidup.
Jika anda pengguna domestik, peniaga mikro atau pengusaha kecil yang ingin kawal kos dengan lebih efektif, inilah masa yang terbaik untuk mempertimbangkan Skim ToU TNB.