Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
soh wai ching
Kredit: Soh Wai Ching

Soh Wai Ching Cipta Sejarah, Pecah Rekod Dunia & 4 Rekod Malaysia Sekaligus

Sofea

Soh Wai Ching Cipta Sejarah, Pecah Rekod Dunia dan 4 Rekod Malaysia Sekaligus

Pelari menara negara, Soh Wai Ching mencipta sejarah apabila berjaya memecah rekod dunia dan mencatat empat rekod dalam Malaysia Book of Records.

Menerusi perkongsian di Facebook, Soh berkata beliau berjaya mencatat rekod dunia bagi kategori jarak simulasi pendakian terjauh menggunakan mesin tangga dalam masa satu jam (kategori lelaki).

Dengan jarak 1.788 kilometer, beliau bukan sahaja memperbaharui rekod kebangsaan, malah memecah rekod dunia.

Bagi Malaysia Book of Records pula, Soh mencatatkan kejayaan menerusi kategori masa terpantas mendaki ketinggian Menara Berkembar Petronas menggunakan mesin pendakian tangga (451.9m). Ia disempurnakan dalam masa hanya 14 minit 16 saat.

Selain itu, beliau juga mencatatkan masa terpantas mendaki ketinggian Merdeka 118 menggunakan mesin pendakian tangga (678.9m) dalam tempoh 22 minit 18 saat.

Kategori seterusnya adalah pendakian menegak sejauh 1 kilometer terpantas menggunakan mesin tangga. Untuk misi ini, dia berjaya menamatkannya dalam tempoh masa 33 minit 11 saat.

Dalam pada itu, beliau juga berjaya mencatatkan rekod menerusi pendakian menegak terpanjang dalam masa satu jam.

BACA JUGA: Soh Wai Ching Muncul Juara Larian Menara Empire State 2021 Sebagai Wakil Malaysia

Menurutnya, kesemua rekod ini dapat dicapai menggunakan STEPR XL dengan ketinggian anak tangga 22.86 cm (9 inci).

“Sejujurnya, saya hanya ada 50% keyakinan semasa memulakan cubaan ini. Tapi sokongan padu dari penonton memberikan lagi 50% yang saya perlukan.

“Saya cipta suasana di mana tiada ruang untuk berputus asa, dan saya teruskan langkah demi langkah, minit demi minit. Sorakan dari penonton tiba tepat pada waktu yang saya perlukan.

“Selain itu sokongan daripada pasukan memberikan saya tenaga tambahan untuk terus berjuang,” katanya.

Soh turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan misi itu walaupun mengalami kekejangan pada minit ke-52. Keadaan itu memaksanya untuk mengubah cara pendaratan.

“Latihan menggunakan mesin STEPR ini memang mencabar kerana perlu bergerak tanpa henti, tanpa masa rehat. Kena hadapi setiap langkah dan itu sangat memerlukan banyak tenaga,” katanya.

Soh mula berkecimpung dalam sukan towerrunning sejak 2017. Perlumbaan pertama yang disertainya ialah KL Tower International Towerthon Challenge pada 14 Mei 2017.

Selepas itu, beliau mula menyertai banyak pertandingan termasuk di peringkat antarabangsa dan berjaya menjadi pelari menara nombor 1 di Malaysia.

Sumber: Soh Wai Ching