Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Starbucks KLIA2 Mohon Maaf, Pecat Barista Terlibat Insiden Dengan Pelancong
Starbucks Malaysia memohon maaf susulan insiden melibatkan seorang barista dan seorang pelancong di cawangannya di KLIA2 (Landside, Departure) yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam kenyataan rasmi, Starbucks menegaskan bahawa tingkah laku pekerja terbabit tidak mencerminkan nilai serta prinsip yang dipegang syarikat itu.
“Kami amat kesal kerana tingkah laku yang ditunjukkan oleh barista terbabit sama sekali tidak mencerminkan nilai yang kami pegang di Starbucks.
“Kami komited untuk mewujudkan suasana mesra dan terbuka kepada semua pelanggan, tanpa mengira latar belakang, kewarganegaraan atau bahasa yang digunakan,” tulis kenyataan itu.
Starbucks turut memaklumkan bahawa program latihan pekerja akan diperkukuh bagi menekankan aspek sensitiviti budaya, komunikasi berhemah serta standard perkhidmatan pelanggan.
“Kami dengan tulus memohon maaf kepada pelanggan yang terlibat serta kepada orang ramai atas insiden ini.
“Kami tetap komited untuk menyampaikan pengalaman Starbucks yang dikenali ramai dan akan mengambil segala langkah perlu bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” tambah kenyataan itu.
Dalam pada itu, Starbucks turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas sokongan berterusan terhadap jenama tersebut.

BACA: Netizen Kecoh, Teruja Tengok Orang Malaysia “Join” Running Man
Sumber: Starbucks Malaysia