Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suami Jadi Punca 10 Rumah Terbakar, Isteri Melutut Mohon Maaf Kepada Jiran

Isteri Melutut Mohon Maaf
Kredit: Kompas

Suami Jadi Punca 10 Rumah Terbakar, Isteri Melutut Mohon Maaf Kepada Jiran

Gara-gara suaminya menjadi punca kebakaran, seorang wanita sanggup melutut dan memohon maaf kepada beberapa jirannya yang turut menjadi mangsa kejadian tersebut.

Memetik Kumparan, sebanyak 10 buah rumah dan sebuah gudang di Jalan Maluku, Kota Lubuklinggau, Sumatera Selatan musnah sepenuhnya dalam kebakaran pada Jumaat.

Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada tindakan suspek berusia 32 tahun.

Lelaki terbabit dilaporkan bertindak sedemikian selepas isterinya membuat laporan polis terhadapnya atas kesalahan keganasan rumah tangga, selain turut memfailkan perceraian.

Berang dengan tindakan isterinya itu, dia kemudian membakar rumah milik keluarga wanita berkenaan sebelum api merebak ke beberapa kediaman lain.

Kredit: Kumparan

Susulan kejadian itu, si isteri bersama ahli keluarganya datang menemui jiran-jiran yang terjejas untuk memohon maaf.

“Walaupun kami juga mangsa, kami datang untuk memohon maaf. Syukurlah jika kami diampunkan,” kata ibu saudara wanita tersebut.

Rakaman yang memaparkan detik tersebut kemudian menjadi tular di media sosial.

Menurutnya, wanita terbabit sudah tidak lagi tinggal di rumah berkenaan ketika kebakaran berlaku.

Bagaimanapun, semua harta benda di dalam rumah tersebut musnah dijilat api.

Malah, wang tunai sebanyak Rp25 juta yang disediakan untuk majlis perkahwinan adik bongsu wanita itu turut musnah dalam kejadian berkenaan.

Kredit: Kumparan

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lubuklinggau, AKP M Kurniawan Azwar berkata, suspek mengakui menyedari perbuatannya dan menyesal selepas melakukan pembakaran tersebut.

Ketika ini, pihak penyiasat masih melengkapkan bahan bukti dan berkoordinasi dengan pihak pendakwa raya bagi menentukan pertuduhan yang akan dikenakan terhadap suspek.

“Berhubung peruntukan undang-undang yang akan digunakan, pihak penyiasat masih menjalankan penelitian lanjut dan melengkapkan kertas siasatan berdasarkan hasil pemeriksaan serta penyelarasan dengan pihak pendakwa raya,” jelasnya.

Sumber:kumparan