Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Subsidi FlySiswa Berjumlah RM400 Diperluas

Azizah Najib
Subsidi tiket siswa flysiswa
Gambar hiasan. Kredit: Bernama

Subsidi FlySiswa Berjumlah RM400 Diperluas

Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan subsidi tiket penerbangan kepada golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), FlySiswa diperluas kepada beberapa lagi institusi pendidikan tinggi.

Menerusi pengumuman di laman Facebook kementerian itu, subsidi tiket penerbangan berjumlah RM400 itu kini diperluas kepada pelajar di ASWARA, ILJTM, Universiti Separa Kerajaan, IPT milik Kerajaan Negeri dan Institut Perladangan dan Komoditi.

Inisiatif yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 siswa ini melibatkan laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

FlySiswa ringankan beban pelajar di musim perayaan

Terdahulu, subsidi tersebut diperkenal bagi mengurangkan beban pelajar di institusi pengajian tinggi dalam pembelian tiket penerbangan laluan berkenaan yang meningkat pada musim tertentu, khususnya musim perayaan.

Pelajar yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang https://subsidiudara.mot.gov.my.