Tembikai yang sering menjadi antara buah pilihan untuk berbuka puasa tidak hanya menghilangkan dahaga, rupanya ada kebaikan kepada kesihatan kita.
Setiap kali tibanya waktu berbuka, tekak terasa kering dan badan seolah-olah kehilangan tenaga.
Pelbagai petua dikongsi di internet tentang minuman terbaik untuk memulihkan semula cecair badan. Namun, ramai tidak sedar bahawa minum jus tembikai bukan sekadar menghilangkan dahaga.
Di sebalik rasanya yang manis dan menyegarkan, terdapat beberapa manfaat yang jarang dibincangkan.
Kali ini, min kongsikan beberapa kebaikan jus tembikai ketika berbuka puasa.
Kebaikan Jus Tembikai
Salah satu kebaikan jus tembikai yang paling ketara ialah kandungan airnya yang sangat tinggi.
Jus ini membantu memulihkan cecair badan dengan lebih cepat selepas seharian berpuasa. Kandungan air tersebut menyokong proses hidrasi secara semula jadi.
Selain itu, jus tembikai turut membantu mencegah risiko dehidrasi selepas seharian berpuasa, terutama ketika cuaca panas.
Jangan tak tahu, jus tembikai juga membantu meningkatkan rasa kenyang, sekali gus dapat mengawal pengambilan makanan ketika berbuka puasa.
Secara tidak langsung, anda dapat mengurangkan kecenderungan untuk makan secara berlebihan.
Ramai Guna Pelindung Telinga Bayi Kalis Bunyi, Ini Penjelasan Pakar
Imej Bentuk Kepala Kuda Pernah Dirakam Dari Langit Malaysia
Ikea Dedah Rakyat Negara Ini Paling Suka Tidur Di Dunia
Nampak Macam Rangup, Periksa Benda Ni Pada Makanan Sebelum Beli
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Bagi mereka yang sedang mengawal pemakanan, minum jus tembikai ketika iftar jadi satu kelebihan untuk anda.
Ada yang kata, jus buah-buahan manis sama seperti minuman manis lain yang beri kesan kepada gula dalam darah.
Tahukah anda, biarpun jus tembikai ada rasa manis, minuman ini dapat mengawal gula dalam darah dengan lebih baik.
Jus tembikai dikatakan menyebabkan glukosa dan insulin naik pada kadar lebih rendah berbanding minuman bergula ringkas.
Trivia
Pengambilan jus tembikai selama empat minggu menunjukkan kesan positif tertentu. Antaranya dapat membantu menurunkan berat badan, tekanan darah dan tekanan oksidatif.
Tip pengambilan jus tembikai secara selamat
Perlu diingat bahawa jus tembikai tetap mengandungi gula semula jadi. Oleh itu, pengambilannya wajar diamalkan secara sederhana.

