Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil maklum berhubung cadangan mewujudkan surau atau musola Jumaat di pusat membeli-belah di seluruh negara.
Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata baginda bertitah bahawa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) adalah pihak berkuasa yang mewakili baginda sebagai penguasa berkaitan masjid atau surau/musolla yang terletak di bawah senarai Negeri selaras dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Sultan Pahang memperkenan penegasan Jabatan Mufti Negeri Pahang bahawa syarat sah solat Jumaat mengikut Mazhab Syafi'i merangkumi enam perkara utama.
Enam perkara itu adalah solat Jumaat didirikan dalam waktu Zohor secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 jemaah (iaitu lelaki mukallaf dan bertaraf mastautin), didahului dua khutbah dan didirikan di satu tempat atau bangunan yang dikhususkan.
Selain itu, tidak boleh ada pertembungan solat Jumaat di kawasan berhampiran, kecuali jika ada kesukaran yang pasti dan akan diputuskan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang dan disembahkan untuk perkenan baginda.
"Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang mengambil maklum bahawa susun atur masjid di Negeri Pahang telah mengambil kira kewujudan masjid dalam pusat kemasyarakatan.
"Masjid atau surau kebenaran Jumaat (SKJ) tersebut lebih sesuai diimarahkan seperti Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di Bandar Kuantan, Masjid Tepian Putra di kawasan Malay Town dan Kuantan City Mall dan Masjid Bandaraya (yang akan dibuka) dan Masjid Al-Shafie di Kota SAS.
"Jabatan Mufti Negeri Pahang bersama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang untuk sentiasa memartabatkan institusi masjid dan surau di Negeri Pahang," kata kenyataan itu.