Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Surau Jumaat IOI City Mall Putrajaya Diperluas, Dijangka Siap Februari

Azizah Najib
naik taraf surau ioi putrajaya
Kredit: TikTok @ioicitymall

Surau Jumaat IOI City Mall Putrajaya Diperluas, Dijangka Siap Februari

Sejak Solat Jumaat mula didirikan di surau IOI City Mall Putrajaya pada 2024, bilangan pengunjung ke sana semakin meningkat.

Berikutan itu, pihak jawatankuasa surau pusat membeli belah berkenaan mengambil inisiatif untuk menaik taraf kemudahan dan ruang solat sedia ada.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook pusat beli-belah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Musolla IOI City Mall Putrajaya, Luqman memaklumkan bahawa pihaknya sentiasa peka akan cadangan yang diberikan para pengunjung.

“Terima kasih atas maklum balas anda, dan kami dalam proses menambah baik kemudahan musolla ini. Kami akan terus mendengar keperluan dan keselesaan anda semua,” jelasnya.

Menurut kenyataan tersebut, ruangan mengambil wuduk ditambah dan dijangka siap menjelang Februari nanti. Begitu juga ruang kawasan surau yang diperbesar.

Difahamkan, proses naik taraf kini dijalankan secara berperingkat.

BACA: Mat Saleh Bagi Amaran, Ini Benda Paling Pantang Buat Dekat Malaysia

BACA: Tuan Rumah Dari ‘Syurga’, Halalkan Sewa Tertunggak Lebih RM1,000

Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Malah, ada juga yang turut menyatakan cadangan lanjutan untuk perhatian pihak surau.

“Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan. Harap dapat tinggikan skit partition antara ruang solat lelaki dan wanita. Terima kasih,” ujar warga maya.

“Dalam Lembah Klang, IOI paling terbaik tentang surau,” puji yang lain.

“Saya suka IOI sebab surau yang selesa, siap ada imam yang hebat-hebat. Tahniah pengurusan IOI,” kata warga maya lagi.

BACA: 50 Ekor Biri-Biri Adakan ‘Kunjungan Mesra’ Ke Pasar Raya

BACA: Pulau Pinang Tersenarai Antara Destinasi Pelancongan Terbaik 2026 – CNN Travel

Sumber: TikTok IOI City Mall Putrajaya