Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Surau Madani Di R&R Dibenar Solat Jumaat, Pertama Di Malaysia
Surau Madani di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban menghala arah selatan kini menjadi surau R&R pertama yang mendapat kelulusan bagi mendirikan solat Jumaat, lapor Astro Radio Trafik.
Pengisytiharan surau berkenaan disempurnakan oleh Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin.
Difahamkan, solat Jumaat pertama akan didirikan di surau berkenaan pada Jumaat ini, 4 Julai 2025.
“Objektif utama inisiatif pelaksanaan solat Jumaat di R&R Seremban ini adalah untuk menyediakan kemudahan beribadah kepada komuniti pemaustatin yang bekerja di R&R serta penduduk sekitar Labu dan Seremban,” lapor Astro.
Surau tersebut mampu menampung sehingga 150 jemaah lelaki pada satu-satu masa.
“Kita mengharapkan menerusi usaha ini, masyarakat Islam dapat meningkatkan hubungan mereka dengan Allah dan melaksanakan ibadat diwajibkan dalam agama.
“Sebelum kebenaran diberikan, saya secara peribadi bertanya kepada sebahagian pekerja di sini, di mana mereka solat Jumaat. Antara jawapan diberikan adalah mereka tidak pergi solat Jumaat kerana kekangan masa dan jarak lokasi masjid yang jauh,” kata Mufti kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan kelulusan mendirikan solat Jumaat di Surau MADANI R&R Seremban (arah Selatan) di sini hari ini.
Terdahulu, surau tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 2024.
Turut dipanggil sebagai Surau PLUS MADANI, Anwar berkata ia menjadi penanda aras baharu bagi inovasi dan kecemerlangan, selain mengekalkan keseimbangan ekologi sekali gus memberi keselesaan dalam ibadah kepada setiap pengguna.
“Semoga Surau PLUS MADANI Seremban ini menjadi perintis kepada pembaharuan kemudahan surau di semua lebuh raya seluruh negara,” katanya.
Menariknya, surau itu juga menampilkan reka bentuk yang moden, lestari dan mesra pengguna. Ia juga mempunyai ciri khas bagi orang kurang upaya, lapor SelangorKini.
Selain itu, ia juga menggunakan tenaga solar untuk menjana elektrik dan menggunakan air hujan yang dikitar semula bagi tujuan berwuduk.
“Ia selari dengan enam tonggak Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Surau ini menampilkan reka bentuk yang lestari dan mesra pengguna,” kata Plus Malaysia Berhad (Plus) kepada Selangorkini.
Sumber: Astro Radio Trafik
BACA: Fahami Jiwa Isteri, Saharul Ridzwan Titip Pesan Buat Para Suami
BACA: Musim Bubur Asyura Kembali, Ini Resipi Versi Utara Wajib Cuba