Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Kempis Bila Sejuk, Wanita Kongsi Resipi Roti Puri Tanpa Guna Yis Segera

Roti puri tanpa yis 
Gambar: Noraslinda Md Radzhi

Tak Kempis Bila Sejuk, Wanita Kongsi Resipi Roti Puri Tanpa Guna Yis Segera

Sebut sahaja tentang roti puri tentu terbayang keenakannya sewaktu menjadi santapan lebih-lebih lagi di waktu pagi.

Hal ini kerana tesktur roti ini lebih lembut, nipis dan garing berbanding roti lain. Dapat pula cicah dengan sambal ikan bilis atau kuah kari dan dinikmati dengan secawan kopi atau teh panas.

Pun begitu, untuk menghasilkan roti puri bukanlah sesuatu yang mudah. Antara cabaran yang terpaksa dihadapi dalam pembuatan makanan ini adalah roti tidak gelembung dan tidak rangup atau cepat lembik apabila sejuk.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan satu resipi Roti Puri tanpa mauripan daripada Noraslinda Md Radzhi di bawah ini.

Resipi Roti Puri Tanpa Mauripan

Kelmarin dah buat. Hari ni anak minta buatkan lagi.

Roti puri tanpa mauripan. Lebih rangup dan bila roti sejuk tak kempis. Berbeza buat ada letak mauripan. Roti dah sejuk, roti kempis. Lain orang lain cara dia kan.

Roti Puri

Gambar: Noraslinda Md Radzhi

Bahan-Bahan

1/2 kilo tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 biji telur

2 sudu besar marjerin

2 sudu besar susu pekat

Air

Cara Penyediaan

Roti Puri Tanpa Mauripan
Gambar: Noraslinda Md Radzhi

Pertama, campurkan tepung gandum baking powder di ayak.

Kedua, masukkan marjerin, di ramas dijadikan serbuk roti.

Ketiga, masukkan susu pekat dan telur. Gaul ramas.

Keempat, tuang air sikit-sikit. Uli hingga tak lekat tangan

BACA JUGA: Periksa Benda Penting Ni Dulu Sebelum Beli Kereta Terpakai, Takut Pernah Tenggelam Banjir

Kelima, bulat-bulatkan, direhatkan 20 minit.

Keenam, panaskan minyak.

Ketujuh, doh di gelek dan goreng.

Kelapan, sambil tu curahkan minyak panas atas roti akan gelembung ler nanti. Dah warna perang kecoklatan di balikkan.

Roti Puri Tanpa Mauripan
Gambar: Noraslinda Md Radzhi

Siap.

Makan macam tu saja pun dah sedap.

BACA JUGA: Kereta Tak Hidup Sebab Bateri Hampir ‘Kong’, Ini Yang Anda Perlu Lakukan

Sumber: Facebook Noraslinda Md Radzhi via Kumpulan Berkongsi Ilmu Kuih Muih Masakan – BIKMM