Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

WASHINGTON: Ford Motor Co (FORD) di Amerika Utara memanggil semula kira-kira dua juta trak pikap berikutan terdapat masalah tali pinggang keledar yang dilaporkan boleh menghasilkan percikan api sekaligus mengakibatkan kebakaran.
Menurut syarikat tersebut, mereka menerima 17 laporan membabitkan percikan api dan asap di negara itu dan enam lagi di Kanada, namun tiada sebarang maklumat mengenai kecederaan.
Jelas Ford yang merupakan syarikat pengeluar kenderaan kedua terbesar di Amerika itu, satu peranti yang berfungsi sebagai alat penegang bertujuan mengunci tali pinggang keledar di kedudukan, mampu mengeluarkan cas letupan.
Peranti tersebut juga mampu mengeluarkan percikan api pada kadar berlebihan.
Justeru itu, tu, Ford berkata, mereka akan memperbaiki masalah masalah itu secara percuma dan langkah keselamatan itu akan membabitkan kos AS$140 juta (RM579.6 juta).
Penarikan semula itu membabitkan 1.62 juta kenderaan di Amerika Syarikat; 340,000 (Kanada) dan 37,000 (Mexico) bagi kenderaan model 2015-2018 Ford F-150 Regular Cab dan SuperCrew Cab.
Sumber- CNN