Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Taufan Nika Diramal Mendarat Di Filipina Pada Isnin

Iqbal Yasir
Taufan Nika filipina
Gambar: Sinar Harian

Taufan Nika Diramal Mendarat Di Filipina Pada Isnin

MANILA, 10 Nov (Bernama) — Ribut Tropika Teruk Nika dilaporkan sedikit menguat di Laut Filipina, timur wilayah Quezon, setakat 2 petang Ahad.

Menurut Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA), pusat ribut itu dianggarkan berada 425 kilometer di timur Infanta berdasarkan semua data yang ada.

Ribut tropika itu diramalkan mencapai kategori taufan pada Ahad dan mungkin mencapai tahap intensiti maksimum sebelum mendarat di Isabela atau Aurora pada pagi Isnin atau awal petang, lapor agensi berita Filipina (PNA).

Nika dijangka terus bergerak ke arah barat laut merentasi Laut Filipina Barat dan keluar dari kawasan di bawah tanggungjawab Filipina menjelang petang atau Selasa malam.

Tempoh lemah yang singkat dijangka berlaku apabila Nika merentasi daratan Luzon akibat interaksi darat. Ribut itu dijangka kembali menguat apabila ia berada di Laut Filipina Barat, menurut PAGASA.

Sumber: BERNAMA

BACA: Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Hingga Petang Ini

BACA: Wanita Kongsi Rahsia Periuk 22 Tahun Masih Berkilat Macam Baharu

BACA: FIFA Keluarkan 4 ‘Penalti’ Termasuk Denda Terhadap Pasukan Indonesia