Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tentera Israel Lancar Serangan Besar-Besaran Di Gaza, 110 Terkorban

Hannah
Serangan Besar-Besaran Di Gaza
Gambar: AP

Tentera Israel Lancar Serangan Besar-Besaran Di Gaza, 110 Terkorban

Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

“Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.

Media tempatan yang memetik perkhidmatan kecemasan Palestin melaporkan sekurang-kurangnya 110 orang termasuk kanak-kanak terbunuh.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para perantara.

BACA: Gempa Bumi Dilapor Berlaku Di Sumatera Utara

BACA: Gempa Sumatera Utara: Rakyat Malaysia Kongsi Gegaran Dirasai Jelas

BACA: Pengendali Sebuah Laman Berita Facebook Ditemui Mati

Sumber: BERNAMA