Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Jom Sembang-Sembang.." - Terhibur Ajakan Wanita Jadi Port Ngopi Sahabat-Sahabat 'Organik'

sahabat
Kredit: Threads
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kalau dulu kita buka media sosial untuk baca berita dan tahu apa yang sedang berlaku.

Iklan

Sekarang di situlah juga tempat bertanya khabar, berbalas cerita dan berkenalan dengan orang baharu.

Namun, kadang-kadang satu topik itu tanpa sengaja boleh menjadi satu ikatan persahabatan.

Bila dah jumpa minat sama-sama, daripada cerita pasal makanan sampailah kenangan di kampung, sedar-sedar dah seronok sembang macam kawan lama.

Ada juga yang ambil pendekatan lebih mudah. Perkenalkan diri, beritahu orang mana, kemudian terus ajak sembang.

“Salam kenai... makcik dari Kulim, Kedah”

Itulah yang dilakukan oleh seorang pengguna Threads, @jue_nissa, dalam hantaran santainya baru-baru ini.

Menerusi hantaran itu, wanita berkenaan memuat naik sekeping foto dirinya sambil memperkenalkan diri sebagai ‘makcik’ dari Kulim, Kedah. Dia turut mengajak pengguna lain untuk bersembang.

“Salam kenai .. makcik Dari Kulim, Kedah ... Jom sembang-sembang”

Sapaan ringkas dengan loghat Kedah itu mencuri perhatian apabila ramai pengguna media sosial turut menyahut salamnya.

Ruangan komen pun jadi tempat bertegur sapa dengan sahabat ‘organik’ yang datang menyambut ajakan tersebut.

Antara komen mencuit hati warga maya termasuk;

Kalau di depan rumah kita boleh mula bersembang dengan orang yang lalu sambil bertegur sapa.

Sementara di media sosial juga boleh menjadi jambatan persahabatan, buktinya wanita dari Kulim berkenaan mulakan dengan hanya dua perkataan saja, “salam kenai”.

Sumber:Threads
Intipati
  • Pengguna Threads @jue_nissa memperkenalkan diri sebagai makcik dari Kulim, Kedah.
  • Hantarannya memuatkan foto diri dan ajakan santai untuk bersembang dengan pengguna lain.
  • Sapaan “salam kenai” menarik respons ramai, menjadikan komen ruang bertegur sapa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan