Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 4 Sungai Utama Melepasi Paras Bahaya, Menteri Minta Warga KL Bersedia Dengan Segala Kemungkinan Banjir

Gambar: Bernama

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa empat sungai utama di Kuala Lumpur telah melepasi paras bahaya.

Antara sungai-sungai tersebut adalah Sungai Batu di Sentul, Sungai Klang di Tun Perak dan Sungai Kerayong di Razak Mansion.

Beliau turut menasihatkan warga Kuala Lumpur supaya bersedia dengan kemungkinan banjir yang bakal melanda kota.

“Bersedia dengan segala kemungkinan banjir”, tulisnya.

Tambahnya, orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan banjir, boleh hubungi Bilik Gerakan Banjir JPSKL di talian 0322028142 atau aduan melalui SISPAA JPS.

Sumber: Tuan Ibrahim Tuan Man