Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Hanya 1 Standard SOP Untuk Seluruh Negara, Libatkan Seluruh Kementerian – Ismail Sabri

Hanya satu sahaja standard prosedur operasi standard (SOP) untuk seluruh negara yang libatkan seluruh kementerian, umum Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, SOP baharu yang dipersetujui itu meliputi protokol aktiviti-aktiviti dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi perkhidmatan awam dan swasta, protokol kesihatan umum, aktiviti keagamaan, sektor perikanan, perdagangan, pertanian, penternakan, aktiviti sukan dan riadah, industri kreatif, pusat jagaan kanak-kanak dan orang tua dan sebagainya.

Jelas Ismail, SOP baharu yang telah diselaraskan ini adalah berikutan timbul kekeliruan dalam kalangan orang awam mengenai SOP terdahulu yang berubah sebelum ini.

Mengulas lanjut, setiap SOP tersebut boleh dirujuk melalui kementerian masing-masing, jelasnya dalam sidang media khas bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini.

BACA: Buat Pertama Kali, Mydin Nak Bagi ‘Sesuatu’, Lain Dari Yang Lain Untuk Pelanggan Musim Raya Ni

Sumber: RTM