Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: Harga Siling Kit Ujian Pantas COVID-19 Ditetapkan Pada RM19.90 Untuk Runcit & RM 16 Untuk Borong

Gambar Via BioSpectrum Asia

Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa harga siling bagi satu set kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) telah ditetapkan pada RM16.00 (harga borong) dan RM19.90 (harga runcit).

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan Bernama TV, Khairy bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Putrajaya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengatakan bahawa penetapan harga itu akan berkuatkuasa pada 5 September 2021 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut kenyataan itu lagi, kawalan harga itu juga adalah sebagai usaha Kerajaan yang prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini dan sebagai tanda sokongan Kementerian bagi menangani wabak COVID-19.

Bukan itu sahaja, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal untuk mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2021 dan boleh dikenakan penalti.

Individu yang didapati bersalah menjual melebihi harga maksimum boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Manakala, bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Sumber: Bernama TV