Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia berjaya menumpaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dengan merekodkan kemenangan 1-0.
Memetik kemas kini terkini di Twitter Persatuan Badminton Malaysia (BAM), keputusan bagi Kumpulan B yang dimainkan Zii Jia tadi mencatatkan mata 21-6 dan 21-14.
Lee Zii Jia berjaya menumpaskan lawannya itu dalam persaingan Badminton Asia Tournament Championship 2022 (BATC2022) yang berlangsung hari ini.
Berikutan keputusan itu, Malaysia kini sedang mendahului Singapura dengan kelebihan 1-0.
Loh Kean Yew sebelum ini merangkul gelaran juara dunia setelah menewaskan pemain India, Srikanth Kidambi dengan 21-15, 22-20 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejuaraan Dunia pada Disember tahun lalu.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: BAM