Pasukan penyelamat dilapor semakin menghampiri kedudukan kanak-kanak malang, Haidar yang dilapor terjatuh dalam sebuah perigi, di Afghanistan.
BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar
Dalam satu laporan ringkas daripada laman Twitter Setiausaha Peribadi Timbalan Perdana Menteri, Abbdulah Azzam, pihak penyelamat memaklumkan mangsa sebelum ini menggerak-gerakkan tangannya namun kini tidak memberi sebarang respon.

Tambahnya lagi, dua helikopter sudah bersiap sedia untuk menerbangkan Haidar ke Kabul sebaik sahaja berjaya diselamatkan.
Dalam ciapannya juga, beliau memohon kepada orang ramai agar terus berdoa untuk keselamatan anak kecil tersebut.
Sumber: Abdullah Azzam
