Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tertinggal 1-2, “Fair Play” Pemain Futsal Indonesia Curi Tumpuan, Tolak Bola Keluar Ketika 1 vs 1 Dengan Penjaga Gol Lawan
Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh seorang pemain futsal Indonesia yang bersaing dalam Piala Asia Futsal 2022 baru-baru ini telah menjadi tular dan menyentuh hati banyak pihak.
Syauqi Saud mencuri perhatian apabila dia bertindak mengeluarkan bola pada lima minit terakhir perlawanan bagi membolehkan pemain Jepun, Ishido Kentarao yang mengalami kecederaan menerima rawatan. Hal seperti itu mungkin tidak mampu dilakukan oleh pemain-pemain yang lain kerana memburu kemenangan adalah misi utama setiap kali turun ke gelanggang.
Ketika itu, Indonesia sedang ketinggalan 1-2 kepada Jepun. Dalam satu serangan balas, Shauqy berpeluang untuk menjaringkan gol penyamaan memandangkan dia hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol pasukan lawan. Malah, jika ia meneruskan permainan dan menjaringkan gol, ia mungkin memberi peluang untuk negaranya melangkah ke pusingan separuh akhir kejohanan tersebut.
Sebaik sahaja dia menendang bola keluar, dua orang pemain Jepun, Nakazawa dan Shimizu pantas menuju ke arah Syauqi dan memeluknya sebagai satu bentuk penghargaan di atas semangat kesukanan tinggi yang ditonjolkannya.
Namun begitu, tindakan ini juga pada masa yang sama sudah pasti akan mewujudkan perbalahan dan pertikaian di kem skuad Indonesia dan para peminat futsal di negara tersebut, dan itulah yang terjadi.
Difahamkan, beberapa netizen telah membanjiri ruangan komen di Instagram untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan tersebut, yang dianggap tidak kena tempat. Kata mereka, malah pemain Jepun sendiri tidak mengendahkan situasi kecederaan yang melibatkan rakan mereka apabila meneruskan perlawanan sebelum pemain Indonesia merampas bola dan insiden serangan balas itu terjadi.
Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang memberikan semangat kepada Syauqi termasuk beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Bambang Bayu Saptaji dan Syahidansyah Lubis.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Starting Five Futsal