Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TFC Tamatkan Kontrak Gabriel Silva

Hannah
TFC Gabriel Silva
Gambar: Terengganu FC

TFC Tamatkan Kontrak Gabriel Silva

Terengganu FC (TFC) mengumumkan bahawa kelab itu dan pemain sayap pasukan, Gabriel Silva, telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal sebelum tamat musim 2025/26.

Menurut kenyataan rasmi kelab, penamatan kontrak tersebut berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Keputusan itu dibuat secara profesional dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Terengganu FC turut merakamkan penghargaan kepada Gabriel Silva, atau lebih dikenali sebagai Gabi, atas segala sumbangan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang bersama pasukan.

“Terengganu FC ingin mengumumkan kelab ini dan pemain sayap pasukan, Gabriel Silva telah mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak beliau lebih awal sebelum tamat musim 2025/26, berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

“Terima kasih diucapkan kepada Gabi atas segala sumbangan beliau bersama pasukan dan selamat maju jaya untuk perjalanan dan cabaran anda seterusnya,” tulis kenyataan itu.

Lapor BERNAMA, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata, keputusan itu diambil bagi memperkemas dan memperkukuh prestasi kelab dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.

Untuk info, TFC ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super di belakang Kuala Lumpur City FC selepas mengumpul 18 mata daripada 13 perlawanan.

BACA: Arif Aiman Tempat Keempat Dalam Senarai “Most Successful Dribbles”

Sumber: Terengganu FC