Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Acara mendaki menara paling berprestij di Malaysia kini menjadi kenyataan. Fresh Events Asia dengan kerjasama Persatuan Larian Tangga Malaysia (Malaysia Towerrunning Association) secara rasmi mengumumkan penganjuran The Sky Race™, yang pertama seumpamanya di Merdeka 118 yang bakal berlangsung pada Sabtu, 30 Ogos 2025.
Apa yang menjadikan acara ini luar biasa ialah penyertaan akan membawa peserta mendaki kesemua 2,845 anak tangga dari aras bawah hingga ke Aras 118, satu aras yang tidak pernah dibuka kepada umum sebelum ini dan hanya dibuka untuk acara istimewa ini.
“Ini bukan sekadar perlumbaan, ia satu pengalaman luar biasa. The Sky Race membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri kemegahan Merdeka 118 dan menikmati pemandangan panorama Kuala Lumpur daripada aras tertinggi,” kata Jeffrey Ross, Pengurus Besar dan Pengarah Perlumbaan The Sky Race.
Diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan, The Sky Race™ menjadi simbol semangat kemerdekaan dan pencapaian negara. Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia pada ketinggian 680 meter, menjadi latar belakang sempurna bagi para peserta menzahirkan semangat juang dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.
Tiada had masa ditetapkan, dan peserta bebas menyelesaikan cabaran ini mengikut kadar kemampuan masing-masing. Ganjaran utama? Foto kenangan di Aras 118 berlatarbelakangkan langit Kuala Lumpur, satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Juara dunia sukan larian tangga, Soh Wai Ching, diumumkan sebagai duta rasmi acara ini dan akan memimpin sesi latihan pra-acara. Dengan penganjuran diiktiraf oleh Malaysia Towerrunning Association, acara ini dijamin dari segi standard dan kredibiliti.
Fresh Events Asia, pasukan di sebalik acara terkenal seperti The Music Run dan POWERMAN Malaysia, akan mengurus keseluruhan acara dengan kepakaran mereka dalam menganjurkan acara berskala besar dan berkualiti tinggi.
Pendaftaran kini dibuka:
RM159 untuk penyertaan individu
RM449 untuk pasukan tiga orang
Setiap peserta akan menerima pek acara termasuk baju larian eksklusif, gelang peluh, beg serut, medal penamat (ukiran nama dengan caj tambahan), akses ke Event Village, E-sijil dan keputusan rasmi masa larian. Hadiah wang tunai juga disediakan bagi lima peserta teratas dalam kategori lelaki dan wanita.
Acara ini turut disokong oleh Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan disertai Yayasan Chow Kit (YCK) sebagai rakan amal bagi menyokong hak kanak-kanak dan belia di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari theskyrace.com.