Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Tiada Demam Atau Sakit-Sakit Badan,” Diane Danielle Kongsi Keadaan Dua Anak Lepas Divaksin

Sofea

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Lembah Klang bermula 3 Februari lalu.

Pemberian vaksin itu melibatkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Ia dilakukan secara sukarela dan tiada sekatan akan dikenakan untuk kanak-kanak yang tidak divaksinasi.

Rata-rata pengguna media sosial yang telah membawa anak masing-masing untuk mendapatkan vaksin itu, berkongsikan pengalaman dan keadaan anak mereka selepas disuntik.

Salah seorang dari mereka ialah pelakon popular, Diana Danielle yang mempunyai dua orang anak.

Menerusi kirimannya di Instagram semalam, Diana berkata anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora telah mendapat suntikan vaksin pada dua hari lepas.

”Divaksin secara rasmi 2 hari lepas, tiada langsung demam, menggigil atau sakit-sakit badan alhamdulillah.

”Saya masih ingat tahun lepas apabila mereka mengeluarkan tarikh tentatif bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun untuk divaksin, saya dan anak-anak tidak sabar.

Ujar Diana, anak-anaknya berfikir mereka tidak perlu memakai lagi pelitup muka selepas divaksin.

“Mereka baru sembuh daripada selesema, jadi saya terpaksa memberitahu bahawa mereka masih boleh dijangkiti walaupun selepas mendapat suntikan, tetapi hanya mempunyai simptom ringan saja dan mempunyai ketahanan yang lebih tinggi.

“Mereka ‘merajuk’ dan pakai pelitup muka semula,” katanya.

Tambahnya, ada sedikit ‘drama’ yang berlaku ketika di PPV yang melibatkan Muhammad.

” Itu cerita vaksinasi kami, sumpah ada drama besar di PPV dengan budak baju merah (Muhammad). Tiga pegawai perubatan terpaksa menahannya dan dia menjerit dengan sangat kuat,” ujarnya dengan nada seloroh.

Sumber: Diana Danielle