Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiba Di Thailand, Pemenang Emas Olimpik Tokyo Ini Sujud & Kalung Pingat Kepada Ayahnya

Gambar Via Mothership

Pemenang pingat emas Olimpik dalam acara Taewando, Panipak Wongpattanakit telah disambut dengan meriah oleh peminat serta keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, Thailand pada 26 Julai yang lalu.

Berusia 23 tahun, Panipak telah berhasil memenangi pingat emas pertama untuk Thailand dalam acara taekwando wanita kategori 49kg.

Dianggap sebagai wira negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dikatakan penuh sesak dengan peminat dan pegawai yang hadir untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Panipak dan pasukannya.

Namun, momen-momen di antara Panipak dan juga bapanya telah menyentuh hati ramai.

Bapanya yang juga merupakan gabenor Phuket, Narong Wunsiew, dengan penuh bangga mengucapkan tahniah kepadanya, lapor Bangkok Post.

Setelah itu, Panipak dilihat berlutut dan sujud di kaki bapanya sebagai tanda penghormatan. Dia juga telah menghadiahkan pingat tersebut kepada bapanya.

Pingat itu dikalungkan pada leher bapanya, membuatkan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan.

Memetik laporan Mothership, ini merupakan kali kedua Panipak mewakli Thailand dalam Olimpik. Dia telah memenangi pingat gangsa dalam Olimpik Rio pada tahun 2016.

Sumber: Mothership