tibi covid
Kredit: eMedicine Health

Tibi vs COVID-19: Persamaan & Perbezaan Yang Perlu Anda Tahu

Azzwin

Tibi vs COVID-19: Persamaan & Perbezaan Yang Perlu Anda Tahu

Tidak dinafikan, berita tentang virus dan bakteria sering menjadi tumpuan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Kadang-kadang, simptom sesetengah penyakit nampak serupa, membuatkan ramai orang keliru tentang punca sebenar keadaan mereka.

Salah satu kekeliruan yang biasa berlaku adalah antara tibi dan COVID-19.

Walaupun kedua-duanya menyerang sistem pernafasan, cara ia merebak, simptom dan rawatannya berbeza.

Justeru, hari ini SK akan kongsikan perbezaan penyakit tibi dan COVID-19 yang, menurut portal Emedicine Health.

Tuberkulosis (TB) dan COVID-19

Menurut portal eMedicine Health, tuberkulosis (TB) atau tibi ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria mycobacterium tuberculosis dan biasanya menyerang paru-paru.

Manakala COVID-19 pula disebabkan oleh coronavirus baharu yang sebelum ini tidak pernah dikenal pasti oleh manusia, iaitu SARS-CoV-2.

Kredit: Bernama

Virus ini menyebabkan wabak penyakit pernafasan yang kemudian menjadi pandemik global pada tahun 2020.

COVID-19 berbeza daripada coronavirus lain yang biasanya hanya menyebabkan penyakit ringan seperti selesema biasa.

Gejala tibi dan COVID-19

Portal eMedicine Health menjelaskan bahawa gejala tibi dan COVID-19 yang serupa ialah batuk, demam, sesak nafas, keletihan dan hilang selera makan.

Difahamkan, gejala tibi aktif yang berbeza daripada COVID-19 termasuk berpeluh pada waktu malam, penurunan berat badan tanpa cuba, sakit dada, badan lemah dan menggigil.

Kredit: ImageFX

Manakala gejala COVID-19 yang berbeza daripada Tibi pula ialah sakit otot atau lenguh badan, perubahan atau kehilangan deria rasa dan bau.

Selain itu, sakit kepala, sakit tekak, cirit-birit, loya, muntah, hidung tersumbat, selesema, sakit perut dan rasa tidak sihat secara keseluruhan.

Cara merebak

Menurut portal eMedicine Health, kedua-dua penyakit ini merebak melalui titisan pernafasan yang tersebar ke udara apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin.

Seseorang hanya perlu menyedut sedikit bakteria tuberkulosis untuk dijangkiti, tetapi individu yang mempunyai jangkitan tibi tidak aktif dan tidak bergejala tidak boleh menyebarkan penyakit.

Kredit: ImageFX

COVID-19 pula boleh merebak melalui udara dalam jarak dekat dan individu yang tidak menunjukkan gejala juga boleh menyebarkan virus ini.

Kredit: ImageFX

Tempoh pembentukan

Portal eMedicine Health menjelaskan bahawa seseorang mungkin mendapat keputusan positif pada ujian tuberkulin antara dua hingga dua belas minggu selepas terdedah kepada tibi, namun bakteria biasanya berada dalam keadaan tidak aktif.

Penyakit tibi aktif boleh mengambil masa antara satu hingga dua tahun untuk berkembang.

Bagi COVID-19, simptom biasanya muncul antara dua hingga empat belas hari selepas terdedah, dengan purata sekitar lima hari.

Diagnosis

Tuberkulosis didiagnosis melalui sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal serta ujian seperti ujian kulit tuberkulin yang juga dikenali sebagai purified protein derivative (PPD), ujian darah interferon-gamma release assays (IGRAs) dan imejan seperti X-ray dada.

COVID-19 pula didiagnosis melalui sejarah perubatan termasuk pendedahan terkini kepada pesakit COVID-19 dan pemeriksaan fizikal untuk melihat simptom.

Ujian yang digunakan termasuk ujian PCR iaitu ujian genetik atau molekul, dan ujian antigen.

Apa punca Tuberkulosis dan COVID-19?

Menurut portal eMedicine Health, dalam kes yang jarang berlaku, tuberkulosis juga boleh merebak melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan bakteria TB, seperti susu yang tidak dipasteur daripada haiwan yang dijangkiti.

Faktor risiko untuk mendapat tuberkulosis termasuk bekerja sebagai petugas kesihatan atau makmal yang berurusan dengan pesakit tibi aktif atau pernah terdedah kepada individu yang mempunyai tibi aktif.

Selain itu, orang yang dilahirkan atau tinggal lama di kawasan yang mempunyai kadar tibi tinggi, mengambil ubat yang melemahkan sistem imun seperti steroid atau ubat untuk rheumatoid arthritis, dan jangkitan HIV.

Kredit: ImageFX

Manakala COVID-19 pula disebabkan oleh strain coronavirus baharu yang merebak dari individu ke individu melalui titisan pernafasan apabila seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin.

Dalam keadaan tertentu, COVID-19 juga boleh merebak apabila seseorang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus dan kemudian menyentuh mulut, hidung ataupun mata.