Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Anggota Polis Ditahan Disyaki Terlibat Salah Laku

Hannah
Tiga anggota polis disyaki salah laku
Sumber: Sinar Harian

Tiga Anggota Polis Ditahan Disyaki Terlibat Salah Laku

Polis Pulau Pinang sedang menjalankan penyiasatan berhubung tangkapan tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus yang disyaki terlibat dalam salah laku pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, mengesahkan bahawa ketiga-tiga anggota tersebut kini ditahan bagi membantu dalam siasatan lanjut.

“Benar (ada tiga anggota ditahan) namun kes masih dalam siasatan.

“Dua daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil manakala seorang lagi mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, berita tentang tangkapan mereka yang berusia 29, 34 dan 35 tahun itu, tersebar melalui aplikasi Telegram kerana disyaki terlibat dalam salah laku.

Kesemua anggota tersebut ditangkap oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Menurut laporan yang diterima, seorang anggota berpangkat lans koperal berusia 29 tahun itu ditahan kerana disyaki mengambil dadah.

Manakala dua anggota lagi, yang juga berpangkat koperal, gagal memberikan penjelasan berhubung dengan jumlah wang yang dijumpai di dalam beg masing-masing, iaitu RM500 dan RM1,093.

BACA: Malaysia Negara Ke-6 Dengan Wanita Tercantik Di Asia

Sumber: Sinar Harian