Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiga Doktor Setia Pantau Rawatan Tun Dr Mahathir

DOKTOR
Kredit: Facebook PHM

Ketika rakyat Malaysia terus mendoakan keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, perhatian turut terarah kepada tiga petugas perubatan yang dilihat setia berada di sisi beliau sepanjang menerima rawatan.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, ketiga-tiga doktor berkenaan dilihat bersama-sama menjalankan tugas bagi memastikan Tun Dr Mahathir mendapat pemantauan dan rawatan yang sebaiknya.

Menarik perhatian, ketiga-tiga petugas perubatan itu dikatakan datang daripada latar kaum berbeza iaitu Melayu, Cina dan India.

Menurut PHM, gambaran tersebut dilihat sebagai simbolik kepada kepelbagaian rakyat Malaysia yang turut mengambil berat terhadap keadaan tokoh negarawan berkenaan.

“Seolah-olah tiga doktor ini sedang mewakili seluruh rakyat Malaysia.

“Di saat seluruh Malaysia bimbang melihat keadaan Tun, merekalah antara insan yang berada paling dekat, memantau dan memastikan beliau terus mendapat rawatan terbaik,” menurut perkongsian itu.

Turut Tekankan Aspek Kebersihan

Dalam pada itu, aspek penjagaan kebersihan turut mendapat perhatian apabila petugas kesihatan berkenaan dilihat sentiasa mengambil langkah sanitasi tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan ketika menjalankan tugas.

PHM turut menzahirkan penghargaan kepada petugas perubatan terbabit atas amanah dan komitmen mereka dalam menjaga Tun Dr Mahathir.

“Terima kasih, doktor-doktor kita. Terima kasih kerana menjaga Tun dengan penuh amanah dan kasih seorang petugas kesihatan.

“Malaysia hargai kalian,” menurut perkongsian tersebut.

Intipati
  • Public Health Malaysia berkongsi mengenai tiga doktor yang memantau rawatan Tun Dr Mahathir.
  • Ketiga-tiga petugas perubatan itu dikatakan datang daripada latar kaum Melayu, Cina dan India.
  • PHM turut menekankan amalan sanitasi tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan ketika bertugas.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan