Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Hasil Persetujuan AJK – Musolla Halaman 11
Musolla Halaman 11 di Bandar Rimbayu tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung video tular berkaitan surau itu baru-baru ini.
Menerusi kiriman di Facebook, pihak surau itu berkata tindakan individu di dalam video yang menghalau seorang lelaki tidak mendapat persetujuan oleh mana-mana Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Musolla Halaman 11.
“AJK Musolla amat mengharapkan kehadiran sesiapa saja bagi mengimarahkan Musolla. Tindakan menghalau berkenaan amat kami kesali dan kami bantah sekeras-kerasnya,” katanya.
Tambah kenyataan itu, barisan AJK telah bekerjasama dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi menyelesaikan keadaan.
Di samping itu, Musolla Halaman 11 turut menafikan tindakan mengunci surau setelah selesai waktu solat.
“Pendirian kami jelas, Musolla boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk beribadat atau berehat sebentar. Tindakan untuk kunci Musolla sama sekali tidak akan berlaku,” ujarnya.
Manakala hal berkaitan bil api dan air adalah atas tanggungjawab surau sendiri atas kutipan sumbangan orang awam.
“Status Musolla sebagai harta bersama penduduk itu adalah benar. Namun untuk tujuan ibadat, AJK tetap buka kepada semua.
“Seperti sedia maklum, bagi memasuki kawasan Halaman 11 perlu melepasi palang (untuk jemaah luar kawasan H11). ada prosedur keselamatan yang perlu dibuat sebelum masuk.
“Sebarkan kebaikan dan sama-sama menjaga keharmonian. Jika ada sebarang persoalan boleh terus berhubung dengan AJK,” kata kenyatan itu lagi.
Dalam hantaran yang lain, Musolla Halaman 11 juga menafikan status perakam video tersebut sebagai salah seorang AJK surau.
Terdahulu tular satu video yang memaparkan seorang lelaki dihalau dari surau terbabit dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0Cwm5cSiUb7zvibCqgp6xmWNWweMHaj2Ju1CPfJx4Xu3ER7uJYBt1op9xPF8ULSP5l&id=100095605777899

Sumber: Musolla Halaman 11 via Facebook