Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
topeng Faisal Halim
Sumber: BERNAMA

Topeng Faisal Halim Direka Khas Penyelidik Universiti Malaya 

Hannah

Topeng Faisal Halim Direka Khas Penyelidik Universiti Malaya

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) — Kemunculan pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim yang ‘bertopeng’ dalam sesi pemanas badan pasukan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA, Sabtu lepas mencuri tumpuan umum.

Topeng muka itu bukanlah seperti topeng adiwira yang biasa dilihat, sebaliknya ia adalah rekaan khas oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya (UM) hasil kajian melalui BioApps Sdn Bhd berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan BioApps Sdn Bhd adalah syarikat spin-off UM yang ditubuhkan di bawah Centre for Applied Biomechanics (CAB), Fakulti Kejuruteraan dan kini menyediakan perkhidmatan prostetik dan ortotik tunggal untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Antara penyelidik terlibat dalam penghasilan topeng muka berkenaan antaranya Naib Canselor UM Profesor Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman yang juga pakar penyelidik biomekanik dan rekabentuk prostetik.

“Penghasilan topeng muka khas ini adalah satu strategi utama UM untuk memasyarakatkan impak komuniti daripada kepakaran dan hasil penyelidikan universiti,” kata Noor Azuan dalam kenyataan itu.

BACA: Nissan Perkenal Cat Automotif Baru, Mampu Kurangkan Haba Kenderaan Hingga 12 Darjah Celsius

Pakar perubatan pemulihan kecederaan sukan, Fakulti Perubatan UM, Dr Ahmad Hazwan Ahmad Shushami yang meneliti dan menilai kondisi Faisal pula berpendapat pemain The Red Giants itu memerlukan topeng muka khas bagi melindungi parut dan kecederaan beliau untuk kembali beraksi di padang.

Oleh itu, dalam tempoh seminggu, BioApps Sdn Bhd berjaya menghasilkan topeng berkenaan setelah menerima rekomendasi daripada pakar perubatan pemulihan kecederaan sukan.

Menurut Pakar Prostetik dan Ortotik BioApps Sdn Bhd Muhammad Hazim Kamaruzaman berkata topeng tersebut diperbuat daripada bahan carbon fibre yang lebih ringan dan nipis supaya memberi keselesaan kepada Faisal untuk kembali beraksi di padang selain melindungi saraf dan luka pemain itu yang masih belum pulih.

“Topeng muka khas tersebut telah dihasilkan berdasarkan kondisi parut muka yang agak serius dan telah melalui beberapa peringkat pengukuran dan pengujian tahap keselesaan sebelum penghasilan peringkat akhir,” katanya.

Pelajar pascasiswazah kejuruteraan mekatronik Fakulti Kejuruteraan UM, Mouaz Al Kouzbary yang turut terlibat dalam penghasilan topeng itu pula berkata untuk mengenal pasti bentuk kepala dan muka, pihaknya menggunakan teknologi saringan 3D manakala untuk menghasilkan topeng, teknologi percetakan 3D diperlukan.

BACA: Ini 10 Pemimpin Yang Nekad Tinggalkan Tanah Air, ‘Hidup Dalam Buangan’

Sementara itu, Faisal dalam kenyataan sama mengakui topeng muka khas itu membantu melindungi parut muka beliau semasa menjalani latihan dan perlawanan.

“Saya rasa kembali normal dan selesa untuk beraksi di padang. Mungkin pada pandangan masyarakat, pemakaian topeng muka tersebut agak janggal tetapi saya memerlukannya sehingga luka dan parut muka saya kembali pulih,” katanya yang kini fokus kepada tahap persediaan diri.

Faisal yang lebih mesra disapa Mickey, membuat kemunculan kali pertama di khalayak ramai pada 16 Jun lepas pada perlawanan Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

BACA: “Susah Untuk Saya Mengawal Perasaan…” Siti Afiyah Hadir Main Piano Iringi Persembahan Konsert “Siti Nurhaliza Cinta Di Awan”

Sumber: BERNAMA