Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ibu Lega Jumpa Mr. D, Tukang Gunting Rambut Pandai Ambil Hati Anak Autisme

Athirah
Tukang Gunting Rambut
Kredit: @ftncuni via TikTok

Ibu Lega Jumpa Mr. D, Tukang Gunting Rambut Pandai Ambil Hati Anak Autisme

Anak adalah anugerah terindah yang pastinya didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Zuriat yang lahir ke bumi itu pasti dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Kebajikan dan keperluan mereka menjadi perkara paling utama dalam senarai tanggungjawab seorang ibu atau bapa.

Pendek kata, setiap inci tubuh badan anak diperhatikan setiap masa supaya berada dalam aman, sehinggakan tiada walau seekor nyamuk pun berani mendekati.

Bagaimanapun, ada juga ibu bapa yang dianugerahkan cahaya mata yang mengalami autisme yang mana akan ada cabaran tersendiri untuk membesarkan mereka.

Menurut Hello Doktor, interaksi sosial yang asas boleh menjadi sukar bagi kanak-kanak dengan autisme.

Kanak-kanak dengan gangguan spektrum autisme kelihatan lebih suka hidup di dunia mereka sendiri, menyendiri dan terpisah dari orang lain.

Cuma, orang luar ada kalanya masih tidak begitu memahami cabaran-cabaran yang perlu dilalui oleh ibu bapa kepada anak-anak autisme ini.

Tukang gunting rambut layan anak autisme raih perhatian ramai

Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi pengalaman mendapatkan perkhidmatan gunting rambut untuk anaknya yang mengalami autisme.

Menurut pengguna TikTok @ftncuni, anaknya yang bernama Mohd Adam Rizqi mengalami mild autisme yang turut dikenali sebagai autisme tahap 1.

Keadaan itu memberikan sedikit cabaran untuknya mencari tukang gunting rambut yang sesuai dengan Adam.

Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang tukang gunting rambut bernama Mr. D yang mempunyai cara yang tersendiri dalam mengambil hati pelanggan istimewanya.

Misalnya, kedai gunting tersebut dipenuhi dengan pelbagai permainan dan Mr.D sendiri pandai berinteraksi dengan anak autisme.

Ini dapat dilihat menerusi video yang dikongsikan oleh @ftncuni yang memperlihatkan Mr.D melayan karenah Adam yang bergerak ke sana-sini sepanjang rambutnya digunting.

Di ‘tangan’ Mr. D, wanita itu merasa lega apabila melihat Adam selesa membiarkan rambutnya yang sudah pun panjang dipotong supaya nampak kemas semula.

Mr.D mempunyai pengalaman melayan anak-anak istimewa

“Pada awalnya kami hanya bersiar-siar dan tidak terfikir untuk memotong rambut di kedai tersebut. Apabila kami masuk, adik Adam mula mengamuk dan berguling di atas lantai.

“Ketika rambutnya dipotong, Adam mula bergerak Mr.D ekori sahaja pegerakan Adam ke mana sahaja dia pergi,” kata @ftncuni.

Tambah wanita itu lagi, Mr.D juga menghadiahkan Adam dengan gula-gula selain mengajaknya bermain dengan pelekat supaya rambut anaknya dapat digunting dengan baik.

Pengalaman mendapatkan perkhidmatan dari Mr.D turut disifatkan jauh berbeza dengan tukang gunting rambut sebelum-sebelum ini.

“Di kedai gunting rambut yang lain, Adam berasa fobia kerana ada tukang gunting rambut bertindak kasar dan meminta saya untuk memeluk Adam.

“Namun di sini, Adam rasa seronok walaupun sesi memujuk mengambil masa 40 minit,” ujarnya lagi.

Video berkenaan mendapat 218.4k tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mendoakan agar Mr.D sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur kerana kebaikannya melayan anak-anak autisme.

Dalam masa sama, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka apabila sesetengah tukang gunting rambut menolak untuk memberikan servis kepada anak-anak istimewa ini.

BACA: Dr Asyraf Terjah MRSM Langkawi, Ada Pintu Tandas Terus Tumbang Selepas Ditolak Dengan Jari

Sumber: @ftncuni via TikTok