Utama

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Berita

Tular Fenomena Empat Bulan Di Langit Rusia
Penduduk dan pemerhati langit di bandar St. Petersburg terpesona apabila menyaksikan fenomena luar biasa di langit malam, seolah-olah empat bulan kelihatan serentak.
Difahamkan, fenomena jarang ini dikenali sebagai paraselene atau lebih popular disebut sebagai "moon dog" atau "mock moon".
Beberapa gambar fenomena tersebut mula tular di media sosial pada Isnin, mencetuskan rasa kagum ramai.
Berdasarkan perkongsian ramai, pemandangan itu kelihatan seakan-akan bumi mempunyai lebih daripada satu bulan.
Paraselene ialah fenomena optik atmosfera yang berlaku apabila cahaya bulan dibiaskan (refracted) oleh kristal ais berbentuk heksagon yang terapung di awan tinggi seperti awan cirrus atau cirrostratus.
Pembiasan cahaya ini menghasilkan titik cahaya terang di kiri dan kanan bulan, menyebabkan ia kelihatan seperti terdapat beberapa bulan di langit.
Dalam fenomena ini, bulan sebenar berada di tengah, manakala dua atau lebih 'bulan palsu' muncul di sisi, bergantung kepada kedudukan kristal ais di atmosfera.
Menurut NASA, paraselene biasanya kelihatan pada sudut sekitar 22 darjah dari bulan sebenar. Selain itu, ia lebih mudah dilihat apabila bulan berada rendah di ufuk kerana kontras cahaya yang lebih jelas.
Ketinggian dan bentuk 'bulan palsu' ini pula bergantung kepada pergerakan dan saiz kristal ais di udara. Kristal yang lebih besar boleh menghasilkan cahaya yang lebih tinggi dan jelas, sekali gus mencipta ilusi visual yang menakjubkan.
Walaupun paraselene bukan fenomena baharu dalam sains atmosfera, ia jarang dirakam dengan jelas, terutama sehingga kelihatan seperti empat bulan serentak.
Fenomena ini membuktikan betapa atmosfera bumi mampu mencipta ilusi visual yang mengagumkan. Ia sekali gus mengingatkan manusia tentang keindahan dan keajaiban alam semula jadi.