Kita biasa melihat gerai-gerai burger dibuka di tepi jalan menjelang petang hingga ke malam hari. Bagi peniaga kecil biasanya, mereka akan memilih lokasi yang strategik.
Pun begitu, bagi seorang pemuda, tindakan beraninya membuka gerai burger berhampiran premis restoran terkenal McD mendapat perhatian orang ramai di Internet. Malah, gambarnya turut mendapat perhatian syarikat itu yang turut meninggalkan komen pada gambar berkenaan.
“Cubaan yang agak berani”
Komen dari akaun rasmi McDonalds Malaysia itu telah mendapat reaksi pelbagai dari warga maya.
Jangan risau, dua-dua saya tetap beli


Terkesima.. memandang kedai burger di sana


Sama-sama cari rezeki


BACA: Sebut Sahaja ‘Tokyo’ Terus Terbayang Kota Metropolitan, Rupanya Ada Keindahan Alam ‘Tersembunyi’
