Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Senarai Negara Yang Rakyatnya Paling Percaya Kepada Kerajaan

kerajaan
Gambar Hiasan (Kredit: BERNAMA)

Tular Senarai Negara Yang Rakyatnya Paling Percaya Kepada Kerajaan

Satu senarai yang memaparkan negara-negara dengan skor kepercayaan tertinggi terhadap kerajaan masing-masing menerusi Edelman Trust Barometer 2025 kini tular di media sosial.

Berdasarkan Edelman Trust Barometer 2025, beberapa negara Asia dan Timur Tengah mendominasi kedudukan teratas. Ia sekali gus menunjukkan tahap keyakinan rakyat yang tinggi terhadap institusi kerajaan mereka.

Arab Saudi di tangga pertama

Menurut kajian tersebut, Arab Saudi muncul sebagai negara yang mempunyai tahap kepercayaan tertinggi terhadap kerajaan dengan skor 87 mata.

China berada di tempat kedua dengan 83 mata, diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mencatat 82 mata.

India pula menduduki tangga keempat dengan 79 mata, manakala Singapura melengkapkan lima kedudukan teratas dengan 77 mata.

Malaysia dalam kelompok 10 terbaik dunia

Apa yang lebih menarik, Malaysia turut berjaya berada dalam kelompok 10 negara terbaik dunia.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan, Malaysia berada di kedudukan ketujuh dunia dengan skor 67 mata, sekali gus meletakkan negara ini dalam kelompok 10 terbaik.

Kedudukan itu meletakkan Malaysia di belakang Indonesia yang memperoleh 75 mata, namun berada di hadapan Thailand yang mencatat 63 mata.

Malah, Malaysia turut mengatasi beberapa negara Eropah seperti Belanda dan Sweden yang masing-masing memperoleh 58 dan 54 mata.

Untuk info, Edelman Trust Barometer ialah kajian tahunan yang dijalankan oleh firma komunikasi global, Edelman.

Kajian ini mengukur tahap kepercayaan masyarakat terhadap empat institusi utama iaitu kerajaan, perniagaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kajian yang telah dijalankan selama lebih 25 tahun itu meneliti tahap kepercayaan masyarakat terhadap pelbagai institusi utama. Ia turut mengkaji bagaimana kepercayaan mempengaruhi pandangan awam, tindakan masyarakat dan reputasi sesebuah institusi.

Menurut Edelman, tahap kepercayaan terhadap sesebuah institusi memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaannya.

Kepercayaan yang tinggi juga boleh meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan serta hala tuju yang dibawa oleh institusi tersebut.