Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tulisan Ikonik 'IPOH' Diturunkan Sementara Untuk Kerja Pembaikan - MBI

IKONIK
Kredit: Facebook MBI

Tulisan Ikonik 'IPOH' Diturunkan Sementara Untuk Kerja Pembaikan - MBI

Tulisan ikonik 'IPOH' yang menjadi antara mercu tanda utama bandar raya ini telah diturunkan sementara bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan, pembaikan dan baik pulih dilaksanakan.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam satu kenyataan hari ini berkata, langkah itu diambil bagi memastikan struktur serta keadaan fizikal mercu tanda berkenaan sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terpelihara.

Menurut MBI, kerja-kerja penyelenggaraan itu juga penting bagi memastikan tulisan ikonik tersebut terus menjadi simbol kebanggaan bandar raya Ipoh.

Katanya, pemasangan semula tulisan 'IPOH' dijangka dilaksanakan secara berperingkat bermula 4 hingga 6 Ogos 2026, tertakluk kepada keadaan cuaca serta kelancaran kerja-kerja di tapak.

MBI turut memohon kerjasama dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Ujarnya, sebarang kesulitan yang timbul sepanjang proses berkenaan amat dikesali.

MBI menegaskan pihaknya sentiasa komited memastikan kemudahan awam dan mercu tanda bandar raya diselenggara dengan baik demi menjamin keselamatan, keselesaan serta kesejahteraan warga kota.

Sumber:MBI