Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

UM Lantik Rizalman Ibrahim Sebagai Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam
Pereka fesyen tempatan, Dato’ Haji Rizalman bin Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), lapor Astro Awani.
Menerusi pelantikan berkenaan, Rizalman, 53, diberi kepercayaan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penuntut, tenaga pengajar dan pengurusan di universiti berkenaan selama tiga tahun.
Pelantikan Pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) difahamkan adalah usaha UM meningkatkan kecemerlangan sebagai universiti perdana dalam memaju dan menyebarkan ilmu pengetahuan.
Dalam pada itu, Rizalman berkata beliau tidak menyangka dilantik ke sebagai Profesor Adjung oleh UM namun menyambut baik lantikan tersebut.
Rizalman mahu berkongsi ilmu yang diterima bersama orang lain
Kata Rizalman, segala usaha dakwah yang beliau gerakkan selama ini adalah semata-mata untuk mempersiap diri dalam melalui fasa hidup seterusnya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa ilmu yang dimiliki harus dimanfaatkan untuk kebaikan semua khususnya untuk para pengikut di media sosial serta umat Islam yang lain.
“Dalam masa sama seperti kita sedia maklum salah satu daripada tuntutan agama kita ialah ilmu yang ada harus dikongsi dengan orang lain agar pahala kita akan terus mengalir berpanjangan.
“Kerana itu, saya terlalu bersyukur kerana usaha saya selama ini menelaah dan mendalami ilmu-ilmu agama dan dikongsi dengan seluruh masyarakat dipandang secara positif oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,” ujar Rizalman seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.
Ingin mengajak masyarakat untuk menimba ilmu
Difahamkan, tugas baharu beliau di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merangkumi perkongsian ilmu dan pengalaman bukan sahaja dengan pelajar.
Malah ia turut melibatkan pasukan tenaga pengajar dan pengurusan yang lain.
Menurut Rizalman, komitmen baharu yang digalasnya adala selari dengan prinsip dipegang beliau iaitu sentiasa menyeru masyarakat untuk tidak berhenti mencari ilmu.
“Seperti yang saya sering sebut, realitinya, kita semua (manusia) datang dari sebuah ‘universiti’ (dunia) yang sama. Dunia adalah universiti kepada kita.
“Manusia adalah pelajar-pelajarnya dan saya bersyukur kerana dipilih sebagai salah seorang tenaga pembimbing,” jelas beliau yang menyifatkan pelantikan ini amat besar maknanya sebagai khalifah di bumi Allah SWT.
Memikul peranan sebagai penasihat
“Saya sedar yang dalam diri saya juga masih ada banyak kekurangan. Justeru, bersama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya saya bukan hanya akan berkongsi ilmu yang saya ada, bahkan saya sendiri akan rebut peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang akan saya sertai kelak.”
Menurut Astro Awani, selaku Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam UM, Rizalman akan menggalas peranan sebagai penasihat kepada fakulti dan jabatan dalam aktiviti program.
Ia khususnya dalam hal melibatkan penyelidikan dan perundingan seiring dengan hasrat pusat pengajian tersebut.
Selain itu, beliau turut ditawarkan oeluang untuk menyampaikan syarahan kepakaran dan seminat kepada tenaga pengajar serta penuntut UM.
Sebagai rekod, ini adalah lantikan akademik kedua yang diterima oleh Rizalman.
Pada Ogos 2023, beliau telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara.
BACA: Wanita Sarat Hamil 8 Bulan, Anak 4 Tahun Dilapor Hilang
Sumber: Astro Awani