Wanita Sarat Hamil 8 Bulan, Anak 4 Tahun Dilapor Hilang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita dan kanak-kanak berusia empat tahun yang dilapor hilang sejak semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata laporan tentang kehilangan Nur Nadia Binti Mohd Zakaria, 29, diterima pihaknya kira-kira jam 10 malam.
Nur Nadia yang sarat mengandung lapan bulan dikatakan keluar rumah dengan memandu Perodua Axia berwarna biru gelap dengan membawa anak lelakinya bersama.
Wanita sarat hamil bersama anak 4 tahun dilapor hilang
Tambah Wan Mohd Zahari, wanita terbabit turut dilaporkan memiliki sejarah penyakit anxiety.
Sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan.
Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Kawalan (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di talian 09-5652089.
BACA: Curiga Anak Terlalu Cantik, Lelaki Buat Ujian DNA & Rupanya Ada “Plot Twist”
BACA: Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik
BACA: Wanita Dijemput Ilahi Selepas Sebulan Bapa & Abang Meninggal Dunia
Sumber: Polis Kuantan via Facebook