Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UMNO Belum Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul – Asyraf Wajdi

Azizah Najib
umno belum terima zafrul
Kredit: Bernama

UMNO Belum Terima Surat Peletakan Jawatan Tengku Zafrul – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) – UMNO masih belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Ahli Majlis Tertinggi parti itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi dalam kenyataan malam ini berkata UMNO memandang serius niat peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Adalah amat tidak wajar untuk mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan menerima keahlian daripada ahli parti-parti lain sewenang-wenangnya.

“Ini bagi mengelakkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sehingga tercetus pula prejudis dan prasangka berterusan mengenai tahap kesetiakawanan, keikhlasan dan kejujuran sesama sendiri dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh memberitahu Bernama beliau akan mengulas mengenai perkara itu esok.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

Menurut Tengku Zafrul beliau telah menyatakan niat untuk menyertai PKR kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Fuziah.

Sumber: Bernama

BACA: Tengku Zafrul Letak Jawatan Dalam UMNO, Bakal Sertai PKR

BACA: Nik Nazmi Umum Letak Jawatan Menteri

BACA: Belum Fikir Rombakan Kabinet, Rafizi & Nik Nazmi Masih Bercuti – PM Anwar