Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Unik, Dua Pulau Ini Terpisah 3.8 KM Sahaja, Tapi Waktu Berbeza Sehingga 21 Jam

Tahukah anda, terdapat satu lokasi yang cukup unik di dunia di mana melibatkan dua buah pulau yang terletak bersebelahan antara satu sama lain. Kedudukan kedua-dua pulau ini adalah berada di antara kawasan tanah besar Alaska dan Siberia iaitu di Selat Bering.

Iklan

Kedua-dua buah pulau yang bernama ‘Big Diomede’ and ‘Little Diomede’ ini hanya terpisah dengan jarak dekat iaitu 3.8 kilometer (km) tetapi terdapat perbezaan yang sangat ketara antara kedua-duanya.

Gambar: Google
Gambar: Google

Pulau Big Diomede dimiliki oleh negara Rusia sementara Pulau Little Diomede dimiliki oleh Amerika Syarikat (AS) dengan perbezaan masa selama 21 jam.

Ini dikatakan berpunca daripada ‘Perang Dingin’ yang berlaku di antara kedua-dua kerajaan bermula pada tahun 1947 sekaligus memisahkan kedua-dua pulau.

Gambar: Google

Garisan tarikh antarabangsa yang dipersetujui semula antara kedua pulau itu bertindak sebagai pembatas antara Rusia dan AS.

Contohnya, jika anda berada di Pulau Big Diomede pada jam 9 pagi pada hari Jumaat, maka di Pulau Little Diomede adalah jam 12 tengahari pada hari Khamis.

Di Pulau Little Diomede, terdapat sekitar 118 orang yang tinggal di sana. Sementara itu, Pulau Big Diomede hanya mempunyai kemudahan ketenteraan Rusia.

Gambar: Little Diomede – Google
Gambar: Pulau Little Diomede – (U.S. Coast Guard Photo by Petty Officer Richard Brahm)

Untuk sampai ke Pulau Big Diomede Besar dari Little Diomede, anda hanya boleh menggunakan perahu.

Bahkan pada musim sejuk, jambatan ais dikatakan akan terbentuk di antara dua pulau yang memungkinkan orang berjalan di antara kedua-dua pulau tersebut.

Namun, tidak mudah untuk pergi atau mengunjungi Pulau Big Diomede dari Pulau Little Diomede atau sebaliknya. Ini kerana terdapat sekatan perjalanan dari satu pulau ke pulau lain di Diomede.

Malah, kapal nelayan asing yang terlalu dekat dengan kedua-dua pulau boleh mendapat tembakan amaran dari tentera yang sedang melakukan rondaan.

Sumber: Kompas.com, Wikipedia