Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ustaz Wadi Annuar Dilapor Terlibat Dalam Kemalangan

Ustaz Wadi Annuar
Kredit: Ustaz Wadi Annuar

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilaporkan terlibat dalam kemalangan berhampiran di kawasan Air Banun, Tasik Banding sewaktu dalam perjalanan ke Gerik pada awal pagi tadi.

Menurut perkembangan terkini yang dikongsikan Mohd Amir Faizal di Facebook, keadaan ustaz dilaporkan stabil dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Gerik.

Ustaz Wadi Annuar Stabil

“Alhamdulillah, keadaan Ustaz Wadi Annuar dilaporkan stabil. Beliau masih sedar dan boleh bercakap, namun mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada dan perut. Beliau juga mengalami kesakitan di bahagian lutut,” maklum beliau.

Tambahnya, seorang lagi ustaz yang tiba bersama beliau turut mengalami kecederaan di bahagian lutut.

Difahamkan, Ustaz Wadi Anuar dan seorang lagi ustaz telah dibawa ke bilik X-ray untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan itu dipercayai melibatkan pertembungan antara kenderaan yang dinaiki Ustaz Wadi Anuar dengan sebuah kenderaan lain.

Bagaimanapun, terdapat seorang lagi mangsa daripada kenderaan lain yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak sedarkan diri. Mangsa berkenaan masih menerima rawatan di hospital.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang staf telah terlibat dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan di Gerik, Perak.

“Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau serta semua yang terlibat.

“Semoga Allah SWT melindungi mereka, mengurniakan pertolongan serta mempermudah segala urusan,” kongsi Facebook Ustaz Wadi dalam satu muat naik.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Radhi Mat Din turut memaklumkan perkara berkenaan di laman Facebook miliknya.

Sama-sama kita mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan dan kembali sihat seperti sediakala.

Intipati
  • Ustaz Wadi Anuar dilaporkan terlibat dalam kemalangan berhampiran Air Banun, Tasik Banding.
  • Keadaan beliau dilaporkan stabil, masih sedar dan kini menerima rawatan di Hospital Gerik.
  • Kemalangan itu dipercayai melibatkan pertembungan kenderaan, dengan seorang mangsa lain tidak stabil.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan