Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

UTHM Perkenal Logo Baharu Dengan Tulisan Jawi

uthm logo baharu jawi
UTHM Perkenal Logo Baharu

UTHM Perkenal Logo Baharu Dengan Tulisan Jawi

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) memperkenalkan logo rasmi baharu yang menyertakan tulisan Jawi bagi perkataan Universiti Tun Hussien Onn dan pelaksanaan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.

Memetik laporan dari portal UTHM, pelaksanaan  ini adalah langkah strategik UTHM dalam memperkukuhkan identiti universiti ini disamping memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan bangsa dan khazanah budaya negara.

Sementara itu, inisiatif ini menjadi cerminan komitmen universiti dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkasakan penggunaan tulisan Jawi di institusi pendidikan tinggi.

Pada masa yang sama, ia juga untuk mengangkat nilai sejarah, budaya dan jati diri negeri dalam landskap pendidikan tinggi di negara ini.

Penggunaan tulisan Jawi pada logo rasmi bukan sekadar penambahbaikan dari aspek visual, namun ia membawa makna yang lebih mendalam.

Ada elemen Jawi, UTHM perkenal logo baharu

Ia menjadi simbol penghargaan terhadap warisan peradaban Melayu-Islam yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.

Langkah ini juga selari dengan usaha UTHM untuk membentuk sebuah institusi yang progresif tanpa mengabaikan akar budaya dan nilai tradisi yang menjadi asas pembinaan tamadun.

Susulan itu, bagi memastikan pelaksanaanya tersusun dan berhemah, penggunaan logo baharu ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tiga fasa.

Fasa pertama melibatkan medium digital dan bahan komunikasi rasmi yang tidak melibatkan atau hanya memerlukan kos minimum.

Fasa kedua memberi tumpuan kepada penggantian bahan bercetak, bahan promosi, cenderamata dan pakaian seragam secara berjadual tanpa menggantikan aset yang masih boleh digunakan.

Sementara itu, fasa ketiga melibatkan penggantian aset fizikal seperti papan tanda bangunan, pelekat logo kenderaan serta papan tanda kemudahan mengikut keutamaan dan peruntukan semasa.

Menerusi pelaksanaan ini, UTHM yakin bahawa usaha memartabatkan tulisan Jawi mampu menyemarakkan lagi penghargaan terhadap warisan negara dalam kalangan warga universiti.

Di samping itu, ia juga akan memperkukuhkan imej UTHM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mengimbangi kecemerlangan akademik, kemajuan teknologi dan pemeliharaan nilai-nilai budaya serta identiti nasional.

Sumber:UTHM
Intipati
  • UTHM memperkenalkan logo rasmi baharu yang menyertakan tulisan Jawi pada nama universiti.
  • Pelaksanaan logo baharu akan dibuat secara berperingkat melalui tiga fasa penggunaan.
  • Inisiatif itu bertujuan memartabatkan Jawi dan memperkukuh identiti budaya universiti.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan