Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang adalah satu impian buat pelajar-pelajar yang baru mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baru keluar pada hari Khamis lalu.
Pengorbanan ibu bapa juga terbalas jika seseorang itu memperolehi kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburinya. Seperti kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini di laman Twitternya, Daus Karim tentang kejayaan adik bongsu dalam peperiksaan.
Menurut Daus semasa dihubungi, anak bongsu daripada 7 adik beradik ini tidak menyangka keputusan UPSR mencapai 6A. Ia merupakan satu keputusan yang membanggakan untuk keluarganya dan pihak sekolah.
Apa yang mencuri perhatian semua orang, reaksi ibunya ketika menemani gadis cilik ini untuk dapatkan keputusannya. Momen pelukan kasih seorang ibu dan anaknya itu sedikit sebanyak membuatkan air mata netizen mengalir.








Sumber: Daus Karim