Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Mungkin dirasakan tidak masuk akal tetapi memang ada sesetengah orang yang tidak pernah membasuh bantal busuk mereka selama bertahun-tahun. Katanya bantal tersebut mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, kalau dibasuh sudah tidak lagi sama.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik oleh seorang wanita di TikTok yang memaparkannya membasuh bantal busuk suaminya.
Menerusi video itu, wanita tersebut mengatakan bahawa bantal kesayangan suaminya itu tidak dibasuh selama lima tahun.
Wanita yang bernama Lexi itu merakamkan detik-detik ketika bantal yang kelihatan lusuh dan kotor itu direndam dengan menggunakan tiga jenis bahan cucian.
Selepas 24 jam direndam, dapat dilihat air di dalam tab mandi itu kelihatan sangat kotor dan ‘berkeladak’.
Putih bersih, keadaan bantal busuk itu pastinya sangat berbeza selepas ia dicuci.
Ramai netizen yang terkejut melihat keadaan bantal itu dan tidak menyangka bahawa seseorang boleh bertahan dengan bantal itu walaupun tidak dibasuh selama bertahun.
Ada yang berpuas hati melihat ia dicuci, namun ada juga yang mengatakan bahawa bantal busuk itu tidak lagi akan sama seperti sebelum ini.



Sehingga kini, videonya itu telah mendapat sebanyak 36.5 juta tontonan di TikTok.
Sumber: Pwincesslexx