Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Betul Ke Letak Sabun Dalam Tangki ‘Flush’, Tandas Jadi Bersih & Wangi? Wanita Kongsi Hasilnya

Gambar: Kaklong Rosie

Pelbagai tips kebersihan dan penjagaan rumah boleh kita dapati di Internet. Baru-baru ini, tular perkongsian penjagaan tandas agar selalu bersih dengan menggunakan sabun pencuci baju.

Caranya adalah dengan meletakkan sebuku sabun basuh baju ke dalam tangki tandas dan pam untuk mengeluarkan air sabun yang seterusnya bertindak mencuci mangkuk tandas.

Bagi mengetahui sejauh mana keberkesanannya, seorang wanita dengan nama Kaklong Rosie di TikTok telah berkongsi hasil menggunakan tips itu selepas beberapa hari. Berikut adalah perkongsiannya.

Selepas seminggu

Walau bagaimanapun, ada yang memintanya untuk menunjukkan hasil selepas seminggu menggunakannya. Perkara ini kerana dikhuatiri buih dari sabun tersebut akan membuatkan tandas menjadi bersepah. Pun begitu, perkongsian selepas seminggu daripada wanita itu menunjukkan bahawa semuanya berada dalam keadaan terkawal.

Pun begitu, ada yang berpendapat bahawa tindakan tersebut boleh menyebabkan saluran tandas tersumbat dan mangkuk tandas berbau busuk kerana dikhuatiri sabun itu menganggu proses penguraian najis oleh bakteria dalam sistem kumbahan.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan sabun khas untuk diletakkan dalam tangki bagi fungsi yang sama seperti gambar di bawah.

Kredit: Google

Anda boleh mendapatkan sabun khas ini di Shopee atau Mr DIY berhampiran anda.

Sumber: Kaklong Rosie